Bukan Takdir Aku


Sinopsis Bukan Takdir Aku
Mengisahkan Nur Ain yang kematian suaminya, Razi yang baru dua hari dinikahinya akibat kemalangan. Razi terpaksa ke Kuala Lumpur untuk melihat satu projek pembinaan mereka yang menghadapi masalah. Dalam perjalanannya, Razi kemalangan dan maut. Nur Ain pengsan melihat jenazah suami.

Bermula saat itu, hidupnya penuh duka. Bekas mentuanya, menyalahkan Nur Ain atas kematian anak tunggal lelakinya. Apatah lagi mereka dihasut calon menantu pilihan ibu mentuanya, Linda. Sejak itu, hidupnya dirundung malang bertimpa-timpa hinggakan orang sekeliling menggelarnya pembawa sial.

Walaupun reda, namun berminggu lamanya Nur Ain hidup berendam air mata. Lebih memedihkan apabila orang kampung juga mencungkil semula kisah silamnya. Kisah Nur Ain dua kali putus tunang sebelum perkahwinannya, dibongkar semula. Nur Ain juga tak diterima kerja lagi di tempat kerja lamanya kerana sudah ada penggantinya.

Nadia, kawan sekampungnya yang bekerja di Kuala Lumpur menghulurkan simpati.
Nadia menasihatkan Nur Ain mulakan hidup baru dan bekerja semula di ibu kota dengan bantuannya. Mulanya, Nur Ain enggan kerana dan masih belum bersedia melepaskan kenangan bersama Razi.

Dia mencuba mencari kerja di bandar berdekatan dan beberapa kali terserempak dengan orang kampungnya. Ekoran itu, dia difitnah dan dituduh sebagai janda berhias cuba memikat suami orang, Nur Ain kecewa lagi. Amirul, bekas rakan sekolah yang bersimpati dan mencintainya dalam diam cuba memberikan dia semangat.

Dia melamar Nur Ain dan lamarannya diterima. Amirul yang gembira dengan perkhabaran itu, segera ke rumah Nur Ain. Malangnya, dia kemalangan dan cedera dan sekali lagi dikatakan tempias sial Nur Ain. Akhirnya Nur Ain nekad buka buku baru dan menerima tawaran Nadia bekerja di Kuala Lumpur.

Rupanya Nadia berhasrat menjadikan Nur Ain pelacur. Dia nyaris dirogol oleh lelaki sebaya ayahnya. Tapi tindakan itu terbantut bila yang ingin melanggannya itu ialah bekas ayah mentuanya dulu, Osman. Osman terpaku bila Nur Ain masih mengenalinya walaupun diberi minum ubat pelali oleh Nadia.

Nur Ain gagahkan diri untuk lari keluar mendapatkan bantuan. Nur Ain tidak menyangka Nadia bertindak sebagai ibu ayam yang menjual gadis kampungnya sendiri. Osman pula bertemu Nur Ain dan merayu agar Nur Ain tidak membocorkan rahsianya kepada keluarganya yang lain.

Pertemuan itu diintip oleh Linda. Linda menghasut Zakiah menyatakan Nur Ain cuba rampas Osman daripadanya membuatkan Zakiah bengang. Nur Ain nekad balik semula ke kampungnya dengan harapan mahu tenangkan diri. Tapi Nadia terlebih dulu bertindak dengan menyebarkan cerita pada Cik Pah yang kononnya Nur Ain bekerja sebagai pelacur kelas atasan di Kuala Lumpur.

Malah cuba mengheretnya sekali dan menggoda teman lelakinya. Cik Pah, yang ‘kepoci’ menyebarkan cerita itu di seluruh kampung. Sekali lagi Nur Ain dikeji dan dituduh pembawa sial. Nur Ain disambut dengan penampar oleh ayahnya sebaik menjejakkan kaki ke rumah. Namun air mata, sifat lembut dan sabar Nur Ain mengembalikan kepercayaan ibu bapanya.

Amirul nekad kali ini beranikan diri melamar Nur Ain kerana rasa simpati dan cintanya yang ikhlas. Nur Ain terkejut dengan lamaran Amirul dan meminta diberi masa kerana belum bersedia menerima cinta baru serta perlukan ketenangan.

Dalam pada itu Zakiah datang menyerang, memaki dan menuduh Nur Ain pembawa sial pada keluarganya dan cuba menggoda bekas ayah mentua sendiri. Pelbagai konflik yang mengesankan tercetus dalam drama arahan arahan Raja Ahmad Alauddin ini. Semua persoalan akan terjawab apabila penonton mengikuti Bukan Takdir Aku sehingga penamat.

Lakonan
Siti Saleha (Nur Ain), Ungku Ismail Aziz (Amirul), Nadia Mustafa (Cik Pah), Watie Sadali (Nadia), Nor Albaniah (Salmah), Liza Abdullah (Zakiah), Haryanto Hassan (Osman), Afazan A. Rahman (Razi), Samsuri Shahrom (Johari) dan Ima Sadrina (Linda).

Tonton Online: klik sini


No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate