Sahara Astro Prima Episod 01-13






Sinopsis Sahara Astro Prima
izlan yang bakal melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat telah mengadakan suatu majlis perpisahan untuk meraikan kawan-kawannya. Model ternama, Isabela yang sudah sekian lama meminati Izlan, khuatir dengan pemergian Izlan itu. Namun, kejutan besar berlaku di saat akhir, apabila Izlan bertemu dengan seorang gadis berpurdah bernama Sahara. Dalam pertemuan singkat itu, Izlan telah berjaya menyelamatkan Sahara daripada menjadi mangsa ragut. Kerana terlalu kepingin untuk melihat wajah Sahara di sebalik purdah itu, Izlan telah bertindak menjejaki Sahara sehingga ke sekolah agama, di mana Sahara menetap.
Izlan terus kecewa apabila mengetahui bahawa Sahara bakal ditunangkan Tuan Haji Abidin, yang merupakan penjaga rasminya. Namun, sebaik sahaja melihat wajah Sahara di sebalik purdah itu, Izlan pasti bahawa dunianya sudah berubah. Dia tidak mampu melupakan Sahara, dan terus bertindak drastik, membatalkan pemergiannya ke Amerika Syarikat dan mendaftarkan diri di sekolah agama itu semata-mata untuk terus bertemu Sahara.
Sementara itu, Mubarak, yang berlagak seperti ustaz, telah didesak datuknya untuk masuk ke Sekolah Agama untuk mendapatkan pentauliahan ustaz yang sebenar. Mubarak bersetuju berbuat demikian selepas datuknya bersetuju memindahmilik sebuah dusun kepadanya. Mubarak turut mempelawan kawan baiknya, Badrul, seorang penyolek saku yang kini hidup sebatang kara, untuk menemaninya di situ.
Balqis, budak tomboy ala rempit yang suka membuat kacau dikampung turut dipaksa ibunya untuk belajar di sekolah agama. Begitu juga dengan budak genius, Ghazali, yang terpaksa menukar haluan dan belajar di sekolah agama, apabila wang pendaftarannya hangus terbakar dalam satu insiden kebakaran.

Tonton Online Sahara Astro Prima
Sahara Astro Prima Episod 01 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 02 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 03 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 04 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 05 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 06 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 07 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 08 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 09 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 10 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 11 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 12 - klik sini
Sahara Astro Prima Episod 13 - klik sini

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate