*site temporarily under maintenance. external links might not work
Home » » Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episod 01-09

Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episod 01-09

Sinopsis Drama Komedi Baru Mak Lang Datang Kompang Bergendang Slot Senda Pagi
Mengisahkan tentang Mak Lang (Fauziah Nawi) yang terkenal sebagai pakar mencari jodoh di kampungnya. Tugasan baru Mak Lang ialah mencari si gadis Melayu terakhir untuk anak lelaki Che Yah (Norseha) iaitu Fitri (Nabil). Salah satu syarat yang ditetapkan oleh Che Yah ialah bakal menantunya perlu memiliki ciri-ciri seorang perempuan Melayu yang ayu, cantik, bersopan-santun serta pandai memasak terutama acar buah seperti Mak Lang.

Fitri tidak bersetuju kerana dia sudah mempunyai kekasih dan tidak akan berpisah dengan gadis tersebut. Fitri ‘bersumpah’ bahawa dia tidak akan berkahwin dengan gadis melainkan kekasihnya. Selepas mendengar kata-kata Fitri, Mak Lang berada dalam dilema kerana sudah berjanji dengan Che Yah untuk carikan calon isteri berdasarkan kriterianya. Kini, Mak Lang berasa kasihan pula dengan Fitri yang akan kecewa dan dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dicintai.

Ketika Mak Lang ligat berfikir bagaimana cara hendak menyelesaikan masalah Che Yah, Maya muncul. Maya memberitahu Mak Lang bahawa dia datang kerana ingin belajar memasak dengan Mak Lang. Pada mulanya, Mak Lang enggan dan menyuruh Maya balik tetapi Maya tetap merayu dan sanggup menunggu di depan pintu rumah pada waktu malam. Akhirnya Mak Lang mengalah dan menerima Maya sebagai anak murid serta mengajaknya tinggal bersama Mak Lang dan anak lelakinya, Zahar (Norman Hakim).

Kehadiran Maya merupakan titik bermulanya kisah-kisah lucu apabila ramai jejaka di kampung itu yang cuba mendekatinya. Tarmizi (Wan Raja) selalu mengambil kesempatan untuk datang ke rumah Mak Lang. Untuik melindungi aktivitinya daripada diketahui isterinya, Jamilah (Fazlina Ahmad Daud), Tarmizi selalu mengajak Ehsan (Acong) menemaninya.

Ketika Maya berdepan dengan masalahnya, Fitri juga tidak dapat lari dari masalah. Che Yah semakin kerap memaksanya memberi sepenuh perhatian kepada syarikat perabot milik keluarga kerana tidak lama lagi dia akan berkahwin. Fitri juga diingatkan agar jangan pandai-pandai mencari calon isteri sendiri kerana Che Yah sudah ada caranya tersendiri untuk mencari calon menantunya.

Bagaimana Mak Lang menyelesaikan masalah mendapatkan calon menantu untuk Che Yah kerana dia juga tidak mahu mengecewakan Fitri? Siapakah sebenarnya Maya? Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri komedi ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’

Pengarah : M.Nazir Juhan (Jet Lee)

Penerbit : Pujangga Kreatif Sdn. Bhd

Pelakon Mak Lang Datang Kompang Bergendang
Fauziah Nawi, Nabil Ahmad, Leez Rosli, Norman Hakim, Norseha, Wan Raja, Acong, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Tonton Online:
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 01 - klik sini     dailymotion -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 02 - klik sini     dailymotion -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 03 - klik sini     dailymotion -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 04 - klik sini     dailymotion -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 05 - klik sini     dailymotion - klik sini
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 06 - klik sini     dailymotion -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 07 - klik sini     dailymotion -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 08 - klik sini     dailymotion - klik sini
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 09 - klik sini
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 10 -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 11 -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 12 -
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Episode 13 -



*site temporarily under maintenance. external links might not work


Cara tonton movie di cerita master

3 comments:

  1. pasal linkbucks.com..tak leh open bro...

    ReplyDelete
  2. link episod 7 problem.....crite len

    ReplyDelete
  3. betul tu...link episod 7 cerita laen

    ReplyDelete