*site temporarily under maintenance. external links might not work
Home » , » Surat Dari Langit Biru Episode 01-14

Surat Dari Langit Biru Episode 01-14

Sinopsis Surat Dari Langit Biru Slot Samarinda TV3 
SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.

Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.

Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.

Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.

Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?

Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.

Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.

Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pengarah: Rashid Sibir

Penerbit: Rashbir Media

Pelakon Surat Dari Langit Biru
Johan Asari, Yana Samsudin, Fizo Omar, Tania Hudson
Dato’ Rahim Razali , Fauziah Nawi , Iqram Dinzly , Tania Hudson , Nabila Dally, Ika Nabila

Tonton Online Dari Langit Biru:
Dari Langit Biru Episod 01 - youtube -klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 02 - youtube -klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 03 - youtube -klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 04 - youtube -klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 05 - youtube -klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 06 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 07 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 08 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 09 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 10 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 11 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 12 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 13 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 14 - youtube- klik sini       dailymotion- klik sini
Dari Langit Biru Episod 15 -  



*site temporarily under maintenance. external links might not work


Cara tonton movie di cerita master

11 comments:

  1. abg...xleh download la eps 1 ni...error~~ nape ek....suke kat sini..sbb xpakai hotfile! h0h0~~

    ReplyDelete
  2. sedih sangat la cite ni..teringat arwah adik sy..:(

    ReplyDelete
  3. mmg bes gler... boleh buat air mate meleleh lh.. adoyai..

    ReplyDelete
  4. nape bodoh sgt si doktor salmi tuu kadangkala pandai pula

    ReplyDelete
  5. aku rase cite patut menang anugerah..

    ReplyDelete
  6. SEMUA DAH TAK BOLEH BUKAK LAH,,

    ReplyDelete
  7. macammane nak download ni,

    ReplyDelete
  8. alarh...nape x boleh bukak niee,cdieh toll

    ReplyDelete
  9. knp xlhnk tgok srat dri lngit bru part1 ne?????

    ReplyDelete
  10. Takleh download laa. Sbb dia kata no longer exist. Tolong repair. :(((((((

    ReplyDelete
  11. ishhh...habis semua citer tak boleh nak tgk....

    ReplyDelete