Tasbih Cinta Qadijah

Tonton Online Full Movie Telemovie Tasbih Cinta Qadijah
Sinopsis Telefilem/Telemovie tasbih cinta qadijah

Qadijah, seorang wanita yang di uji dengan berbagai dugaan hidup. Kekasihnya mati dibunuh oleh penjahat jalanan sehari sebelum mereka disatukan. Qadijah kecewa dan bersedih atas kematian kekasihnya itu. Hanya suara kekasihnya di telefon bimbit dan tasbih penguat semangatnya.

Setelah kejadian itu, Qadijah menutup pintu hatinya untuk lelaki lain. Tetapi kesungguhan Afiq telah berjaya membuka pintu hatinya. Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan.

Kehidupan mereka bahagia sehinggalah Afiq diberhentikan kerja kerana menerima rasuah dalam pekerjaannya. Dia berusaha mencari pekerjaan lain tetapi tidak berjaya. Afiq putus asa. Imannya goyah. Dia mula mempersoalkan kewujudan Yang Maha Esa. Qadijah menenangkan dirinya. Menasihati Afiq supaya redha dan memperbanyakkan lagi usahanya. Afiq hanya menurut kata-kata Qadijah.

Tidak lama kemudian, Afiq diterima bekerja di sebuah syarikat. Walaupun gajinya tidak seperti dahulu, dia tetap bersyukur. Di situlah dia berjumpa dengan Ray. Ray mengajak dia bekerja dengannya sebagai pemungut hutang. Afiq yang pada mulanya ragu-ragu, akhirnya bersetuju dengan tawaran yang diberikan Ray.....

Tonton Online:
KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate