Sayang Ika Full Movie


SINOPSIS DRAMA SAYANG IKA 
Salina dan Azman begitu gembira kerana berjaya mendapat seorang anak angkat berusia 8 tahun bernama Zulaikha atau panggilannya Ika. Ika merupakan anak tunggal kepada Maznah dan hidup dengan penuh kedaifan. Pada awalnya Ika kelihatan amat pasif dan tidak mahu bercakap. Salina dan Azman mengganggap ianya perkara biasa dan membelikan Ika seekor anak kucing buat peneman Ika. Ika nampak gembira sekalipun masih kurang berkata-kata.

Di sekolah Ika tidak punya ramai kawan kerana sikapnya yang pendiam dan penuh misteri. Ika berkawan baik dengan Melisa. Namun apabila Melisa mula berkawan dengan seorang budak baru bernama Iman, Ika jadi marah. Ika tidak suka kawan baiknya berkawan dengan orang lain. Beberapa hari kemudian Iman yang mengidap lelah hampir maut apabila kehilangan ‘inhaler’nya.

Azman dipanggil oleh guru kelas Ika. Azman terkejut apabila cikgu kelas memberitahunya tentang kelakuan Ika yang aneh dan tidak boleh diramal. Luahan emosi Ika kadangkala tidak kena pada tempatnya. Kadang-kadang Ika begitu ceria dan kadang-kadang dia begitu pasif. Ika juga pernah didapati bergaduh dengan pelajar lelaki dan membuatkan ramai pelajar yang sudah tidak berani berkawan dengannya. Keesokan harinya kereta guru kelas Ika digores dengan teruk.

Kerana sayang, Azman dan Salina masih enggan percaya apa yang dilihat dan diberitahu oleh orang di sekeliling. Namun Ika memang punya masalah jiwa yang kronik. Apabila Azman dan Salina mula merasa bimbang tentang sikap Ika, Ika tidak menunggu lama. Dia tidak mahu kehilangan segalanya.

Dalam diam Ika merancang dan membunuh Azman. Azman sempat membisikkan ke telinga Salina yang Ika seorang yang amat merbahaya. Salina resah, Salina bimbang dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Salina mahu menyerahkan Ika kembali kepada ibunya yang sebenar.

Apakah Ika bakal membenarkan dirinya dihantar kembali ke rumah ibunya dan harus berpisah dengan kucing kesayangannya? Siapakah Ika yang sebenarnya dan apakah misteri yang menyelubungi dirinya selama ini?

Tonton Online:
KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate