*site temporarily under maintenance. external links might not work
Home » » Spy M Episod 01-13 (akhir)

Spy M Episod 01-13 (akhir)


Sinopsis Spy M Slot Aksi TV3
kisah bermula apabila sebiji batu meteor yang sedang terbang melintasi planet Bumi telah terlanggar sebuah satelit Malaysia, meyebabkan ia terpesong arah laluannya dan menjunam jatuh ke dalam semak samun di sebuah kampung pendalaman. Malangnya, tiada sesiapapun yang menjadi saksi kepada kejadian misteri tersebut kerana hari sudah lewat malam.

Keesokan harinya, Milah (Sharifah Shahira) pagi-pagi lagi dikejutkan dengan suara Kak Besah yang mengadu gelangnya hilang. Kak Besah meminta bantuan Milah yang sememangnya terkenal di kampung mereka dengan kebolehan menyiasat untuk mencari gelangnya. Pada waktu yang sama, anak perempuan Milah, Salsabila (Wan Sharmila) pula terpaksa tinggal di rumah untuk menjaga adiknya, Fiq (Adik Ahmad Daniel) yang mengidap sakit lelah.

Tiba-tiba, Fiq terlihat satu cahaya misteri yang datang dari batu meteor berhampiran semak di belakang rumah mereka dan bergegas keluar untuk melihat dengan lebih dekat apakah punca sinaran itu. Salsabila yang cuba menghalang Fiq dengan secara tidak sengaja menyebabkan Fiq tersentuh batu meteor itu. Kedua beradik amat terkejut apabila ada satu arus elektrik yang mengalir keluar dari batu itu dan menyambar mereka berdua. Sal dan Fiq terus jatuh pengsan manakala batu meteor itu hancur meletup. Sebaik sahaja tersedar, Sal dan Fiq mula rasakan yang ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka.

Gembira dengan penemuan gelangnya hasil siasatan Milah, Kak Besah menyarankan agar Milah mencuba nasib meminta kerja sebagai ejen penyiasat peribadi selepas terbaca iklan jawatan kosong di Madam J PI, sebuah agensi penyiasat terkenal di kawasan itu. Bukan sahaja Milah gagal mendapat kerja, malah penampilan ala kampungnya diketawakan Madam J. Ketika pulang, Milah berkenalan dengan Datin Que yang menawarkan Milah ganjaran yang lumayan jika berjaya menjejaki kucingnya yang hilang.

Siasatan Milah telah membawa kepada penemuan rahsia kejahatan orang gaji Datin Que yang bernama Seri. Rupa rupanya, Seri merupakan dalang utama kepada kes kecurian kucing kesayangan Datin Que. Seri telah menjual kucing Datin kepada orang lain dan merancang dengan teman lelakinya untuk merompak semua barang kemas Datin Que. Oleh kerana takut rahsia dan komplot jahatnya dibongkar Milah, Seri terus memukul kepala Milah sehingga pengsan dan menyembunyikan Milah di rumah teman lelakinya. Seri turut mencederakan Datin Que dan mengugut supaya wanita kaya itu mengikut kehendaknya dan membuka peti emasnya.

Sementara itu Sal yang berada di rumah menjadi semakin risau apabila kelibat ibunya tidak muncul-muncul selepas seharian keluar menghadiri temuduga di syarikat Madam J PI. Sal ingin berkongsi rahsia dengan ibunya tentang penemuan batu meteor dan kuasa luar biasa yang terdapat pada dirinya. Sal sedar yang dia berupaya membaca pemikiran orang lain apabila disentuh serta mengimbas kembali akan perbuatan yang dilakukan individu berkenaan sejurus sebelum waktu kejadian. Seakan tidak percaya, Fiq pula mampu untuk bergerak dengan pantas walaupun secara logiknya fizikal adik lelakinya tidak begitu mengizinkan kerana penyakit lelahnya.

Bimbang akan sesuatu yang buruk telah menimpa ibu mereka, Sal dan Fiq pergi berjumpa Madam J untuk menjejaki Milah. Berkat kebolehan ‘luar biasa’ Sal, mereka berjaya menemui Milah yang dikurung Seri dan menumpaskan sindiket yang dijalankan bersama teman lelakinya. Untuk membalas jasa Milah dan keluarga, Datin Que berbesar hati membuka sebuah syarikat penyiasatan yang akan diterajui oleh Milah dan diberi nama SPY M.

Bagaimana keadaan Milah selepas mengetahui tentang kelebihan ‘luar biasa’ yang ada pada anak-anaknya? Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Tonton Online:

Spy M Episod 01 - klik sini
Spy M Episod 02 - klik sini
Spy M Episod 03 - klik sini
Spy M Episod 04 - klik sini
Spy M Episod 05 - klik sini
Spy M Episod 06 - klik sini
Spy M Episod 07 - klik sini
Spy M Episod 08 - klik sini
Spy M Episod 09 - klik sini
Spy M Episod 10 - klik sini
Spy M Episod 11 - klik sini
Spy M Episod 12 - klik sini
Spy M Episod 13 - klik sini     Dailymotion - klik sini

*site temporarily under maintenance. external links might not work


Cara tonton movie di cerita master

4 comments:

  1. walaweihhh best gak, walaupun merepek.. hewww

    ReplyDelete
  2. ceta ni best. admin kenape lama xupdate episode baru2. Tolong pls. Thx

    ReplyDelete
  3. episode 13 dah kene block? admin tolong re upload

    ReplyDelete