*site temporarily under maintenance. external links might not work
Home » » Cinta Itu Milikku Episod 01-24 (akhir)

Cinta Itu Milikku Episod 01-24 (akhir)


Orangetree Production membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim, Fiffy Natasya dan ramai lagi.

Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi). Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.

Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya.
Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik. Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya. Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang. Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa.

Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh.

Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya. Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril? Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia? Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?

Cinta Itu Milikku Episod 01 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 02 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 03 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 04 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 05 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 06 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 07 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 08 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 09 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 10 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 11 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 12 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 13 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 14 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 15 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 16 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 17 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 18 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 19 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 20 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 21 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 22 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 23 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 24 - klik sini (episod akhir)






*site temporarily under maintenance. external links might not work


Cara tonton movie di cerita master

3 comments: