*site temporarily under maintenance. external links might not work
Home » » Sofaz The Movie Jiwa Kacau Full Movie

Sofaz The Movie Jiwa Kacau Full Movie


SINOPSIS FILEM SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU FULL MOVIE
Filem ini memaparkan kisah komedi yang berlaku di sebuah pusat pemulihan mental. Mengikut pengarah filem ini, mesej yang hendak disampaikan kepada penonton ialah sebagai masyarakat kita hendaklah bersikap tidak memandang rendah terhadap orang yang kurang upaya, dan berilah layanan yang sama terhadap mereka. Sebagai masyarakat kita hendaklah berhati-hati sekiranya ingin membeli ubat yang dijual di pasaran, kerana khuatir akan risiko yang dihadapi.

Terdapat banyak unsur humor dan lawak jenaka yang memberi mesej tersirat kepada penonton, dan juga dihiasi lagu-lagu dari band sofazr yang menghiasi latar filem ini.

Sofazr The Movie Jiwa Kacau mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofazr, mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul2by2) bahawa mereka kepenatan dan zack telah membeli ubat trtadisional dari Pak Mastur (Hamdan Senario) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka, tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat Pemulihan yang diberi nama “Pusat pemulihan jiwa kacau” di sinilah mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke jambu), Bob (Jepp Sepahtu), Ar Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha) Attendan Kulai (Mamat Sepah), Attendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi, bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini, Zack dan Wangi (Leez Af) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua berjaya dipulihkan?

Filem yang berunsurkan komedi ini menampilkan barisan-barisan pelakon seperti Ameer Sofazr, Zimi Sofazr, Fairuz Sofazr, Syah Sofazr, One Sofazr, Rody Sofazr, Zul 2by2 (Zack), Yassin Senario (Kudin), Tauke jambu (Remy), Jepp Sepahtu (Bob), Ar Badul (Dr Bada), Hamid Gurkha (Pak Abu), Adda Butterfly (Jururawat cantik) Leez Af (Wangi).


Penerbit: Ismaliza Ismail
Pengarah: Isma & Tauke Jambu
Tarikh Tayangan : 27 September 2012


Tonton Online:


klik sini




Tags: Astro First, Filem Sofaz The Movie Jiwa Kacau, kutipan filem, movie still, Poster Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau, review film, Sinopsis, Sofazr The Movie Jiwa Kacau, Trailer Sofazr The Movie Jiwa Kacau, ulasan filem Sofazr the movie, youtube

*site temporarily under maintenance. external links might not work


Cara tonton movie di cerita master

2 comments: