Drama Darjat TV3 Episod 01-20

Sinopsis Drama Darjat Slot Azalea  TV3
Drama DARJAT berkisar tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.

Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya?

Pelakon Drama Darjat
Syazwan Zulkifli
Ika Nabila
Talha Harith

Tonton Online:
DRAMA DARJAT EPISOD 01 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 02 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 03 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 04 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 05 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 06 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 07 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 08 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 09 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 10 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 11 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 12 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 13 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 14 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 15 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 16 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 17 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 18 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 19 - klik sini
DRAMA DARJAT EPISOD 20 - klik sini


Tags: Azalea, Drama Darjat, Filem Dua Darjat, Gambar Talha Harith, Gossip Ika Nabilla, Ika Nabila, Jet Lee, Mufid Shuhaimi Bahaudin, Penamat Drama Darjat, Sinopsis Drama Darjat, Slot Akasia, Syazwan Zulkifli, Talha Harith, Trailer Darjat, Watak Darjat

Tags: Azalea, Drama Darjat, Filem Dua Darjat, Gambar Talha Harith, Gossip Ika Nabilla, Ika Nabila, Jet Lee, Mufid Shuhaimi Bahaudin, Penamat Drama Darjat, Sinopsis Drama Darjat, Slot Akasia, Syazwan Zulkifli, Talha Harith, Trailer Darjat, Watak Darjat

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate