Anugerah Blockbuster 2012


SINOPSIS ANUGERAH BLOCKBUSTER ASTRO 2011/2012 adalah satu projek berprestij bagi pihak PFM dimana ia akan menjadi satu acara tahunan yang dianjurkan bermula 2012. Anugerah ini merupakan anugerah pilihan penonton yang akan memberi kuasa kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Para penonton boleh mengundi filem-filem dan bintang-bintang kegemaran mereka melalui khidmat undian secara online dan juga pesanan ringkas (SMS).

Terdapat 42 buah filem yang telah diterbitkan dari 1 Januari sehingga Disember 2012 yang memenuhi terma dan syarat telah layak untuk mengambil bahagian di dalam anugerah ini.

Bagi menjayakan lagi industri perfileman Malaysia, PFM dengan bangganya telah menjemput ERA fm sebagai penyiar rasmi bersama Astro Ria! Anugerah Blockbuster 20122 akan diadakan pada 6 Oktober 2012, 8 malam di Stadium Malawati, Shah Alam.

Berikut adalah kategori-kategori yang dipertandingkan:

1.   Anugerah Filem terHebat      
2.   Anugerah Tuan Direktor terHebat
3.   Anugerah Direktor Baru terHebat
4.   Anugerah Filem Aksi terHebat      
5.   Anugerah Filem Kelakar terHebat  
6.   Anugerah Filem Takut terHebat
7.   Anugerah Drama Muzikal terHebat
8.   Anugerah Hero terHebat
9.   Anugerah Heroin terHebat
10.  Anugerah Watak penyangak terHebat
11.  Anugerah Lagu filem terHebat
12.  Anugerah Hero Baru terHebat
13.  Anugerah Heroin Baru terHebat
14.  Anugerah PFM
15.  Anugerah Astro First terHebat



KEPUTUSAN ANUGERAH BLOCKBUSTER 2011/2012
Bagi memberikan kelainan, Anugerah Blockbuster ini membuat keputusan berdasarkan undian penonton yang melalui online dan SMS.

Hadiah bagi setiap kategori, pemenang akan menerima sebuah trofi serta wang tunai RM5000 manakala untuk Anugerah Filem Terhebat dimana pemenangnya menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Hos bagi Anugerah Blokbuster kali ini ialah Afdlin Shauki, Zizan Razak dan Lisa Surihani.

Antara top selebriti yang membuat persembahan malam tadi ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Bunkface, Hazama, Awi Rafael, Amy Search, Ziana Zain, Erra Fazira, Zamani, Alyah dan ramai lagi.

Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)


Tonton Online:
klik sini

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate