Tiada Yang Kedua


Adaptasi dari novel Tiada Yang Kedua karya Sania Yasmin. Sinopsis ringkas, Nur Shahirah yang menikahi Imran dengan satu syarat yang perkahwinan mereka harus berakhir dalam masa dua tahun. Dapatkah Shahirah mempertahanankan perkahwinan mereka? Lakonan Ayu Raudhah, Pierre Andre, Azie Yahya, Khatijah Tan, Jalalludin Hasan, Dian P. Ramlee, Farid Wari, Afzan Anak Wayang, Hadi Tahir, Ieka Zulkifli, Arield.

Sinopsis drama tiada yang kedua:
Tiada Yang Kedua mengisahkan Nur Shahirah Batrisya (Shira) berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti diharapkan. Lelaki yang baru saja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga.

Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan dan Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa. Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri.

Tonton Online:
KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate