Telemovie Lailatulqadar


SINOPSIS LAILATUL QADAR (TV9) 
Mengisahkan tentang Hasbullah dan isterinya Iema yang begitu gembira menyambut kelahiran anak ketiga mereka yang diberi nama Romadan. Kegembiraan mereka tidak berpanjangan apabila Romadan sentiasa menangis tidak berhenti-henti disusuli pula dengan sawan yang serius.

Hasbullah dan isteri tidak mahu Romadan menimpa nasib yang sama seperti abang-abangnya Mikail dan Ridduan yang cacat akibat demam panas. Akibat tertekan dengan dugaan yang menimpa, Hasbullah yang sememangnya seorang bapa yang penyayang telah berubah sikap.

Sehinggalah suatu hari Hasbullah yang juga merupakan seorang pemandu teksi bertemu dengan seorang wanita tua membawa dua orang budak yang persis muka anak-anaknya. Wanita tua itu meminta Hasbullah menghantar mereka pulang ke rumah. Keesokan harinya Hasbullah menghendap ke rumah wanita tua tersebut dan terkejut melihat kedua anak kecil itu diikat dan didera.

Lebih menyayat hati apabila anak-anak tersebut memang saling tidak tumpah seperti anak-anaknya. Hatinya semakin luluh apabila melihat mereka seakan-akan meminta simpati darinya. Siapakah wanita tua itu dan adakah itu anak-anaknya?

Tonton Online:
KLIK SINI

2 comments:

  1. saya dah tekan klik disini tapi ia terhenti di situ sudah hampir 5 mnit

    ReplyDelete
  2. cuba refresh balik browser.admin try ok je.

    ReplyDelete

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate