Telemovie Janji Jujur Sepi


drama ni mengisahkan Andy (Beto Kusyairy) yang sanggup menaiki LRT setiap pagi selama 7 bulan semata-mata untuk melihat Dhea (Neelofa) dan merasakan dirinya telah jatuh cinta pada Dhea. Namun perasaan malu membataskan keinginan Andy untuk berkenalan dengan Dhea. Satu insiden lucu antara Andy dan Dhea telah mengikat mereka untuk menjalani cinta yang penuh mekar sehinggalah Andy terpaksa pulang ke Perth untuk menemui rakannya, Johan (Shah Iskandar). Andy akhirnya tersepit antara kasihnya pada Dhea dan janji pada sahabatnya, Johan yang mahukan Andy untuk menjaga kekasihnya Vee (Izreen Azmindar) kerana dia menghidapi penyakit kritikal yang tidak mungkin akan sembuh.

Kini bermulalah penipuan demi penipuan oleh Andy. Dia memberitahu Vee bahawa Johan telah pulang ke rumahnya dan ingin memutuskan hubungannya dengan Vee. Vee begitu terluka dengan keputusan Johan. Bagi Andy pula, percubaan untuk membuatkan wanita jatuh cinta padanya adalah sememangnya sulit dan percubaan untuk membuatkan wanita yang terluka agar jatuh cinta terhadapnya adalah berganda sulitnya. Apa yang membuatkan situasi ini lebih mustahil adalah Andy memang tiada perasaan terhadap Vee tetapi terpaksa melakukannya tanpa kejujuran kerana tiada pilihan lain.

Pada masa yang sama, Andy tetap mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan Dhea. Andy hidup dalam dua dunia dan dia tahu suatu hari nanti, semuanya pasti akan terbongkar... Apakah Andy akan mengotakan janjinya terhadap Johan untuk membahagiakan Vee atau adakah dia akan mengikut kata hatinya untuk bersama Dhea?

KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate