Jangan Ganggu Aku

Sinopsis Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3
Jangan Ganggu Aku mengisahkan Romi dan Rosma yang selalu meluahkan perasaan tak puas hati mereka terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari. Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar, tetapi dihalang oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun selepas berkahwin.

Romi tak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah. Setiap kali Romi dan Rosma menyatakan hasrat mereka untuk berdikari, Razif bertegas melarang. Pertengkaran mereka akan berakhir di situ dengan Razif bertegas jika mereka menganggapnya abang, tinggal saja di rumah itu dan kemudian Razif akan mengurungkan diri berhari-hari di dalam bilik keramatnya, tak mahu diganggu.

Sebenarnya dalam diam, Razif baru sedar setiap lukisan yang dilukisnya ketika dia marah atau tertekan selepas bergaduh dengan adiknya membuahkan hasil yang lebih menakjubkan. Malah, lukisan itu dapat dijual dengan harga tinggi. Jika sebelum ini, lukisan Razif banyak diinspirasikan oleh kehidupannya membesarkan Romi dan Rosma, tetapi kini, pertengkaran mereka pula melontarkan makin banyak ilham.

Dek kerana itulah ada kalanya Razif sengaja menyemarakkan api kemarahan Rosma dan Romi supaya mereka bertengkar dan bergaduh.

Oleh kerana itu juga Razif tak mahu sumber ilhamnya iaitu Romi dan Rosma keluar dari rumahnya. Razif juga sebenarnya terlalu sayangkan Romi dan Rosma yang bagaikan anaknya, namun dia tak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya.

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini jangan lupa untuk meluangkan masa anda menonton Jangan Ganggu Aku. Adakah Razif berterusan menggunakan adiknya demi kepentingan dirinya?

Pengarah : 
Hitlter Zami

Pelakon :
Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Miera Liyana dan Munif Isa

Trailer/Promo :


Tonton Online:
klik sini

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate