Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Cinta Full Movie

Tonton Online Full Streaming Filem Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami:
Sinopsis Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami:
Cerita yang mengisahkan tentang seorang gadis lewat 20an bernama Nik Melati Sukma yang tertekan gara-gara masih lagi belum kberkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkanya bersetuju untuk berkahwin sehingga sanggup 'mix and match' anaknya itu dengan calon yang dirasakan mereka sesuai. Namun Nik Melati Sukma atau Nikki nekad mencari jodohnya sendiri.
Pelbagai peristiwa lucu yang melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami sementelah ibunya Fatimah telah memberi kata dua:seandainya tidak membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari, maka Nikki tiada pilihan melainkan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya itu serta persetujui bersama oleh bapanya Nik Mat.
Dalam melayari pelbagai senario bersama senarai calon-calon suaminya yang panjang, Nikki semakin lelah kerana apa yang dimahukannya tidak diperolehinya. Putra Aziz Al-Biruni; anak rakan baik ibunya, walaupun tampan namun kerjayanya sebagai peguam menjadikan sifat yang suka berperang di mahkamah bagi menegakkan kebenaran terbawa-bawa hingga ke luar dan ini turut melemaskan Nikki.
Maka Nikki yang amat terkenal dengan sifatnya ynga 'impulsive' lantas mengambil keputusan nekad untuk berkahwin degan Omar Shariff, lelaki yang sentiasa ada dalam hidupnya sekian lama. Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila Nikki bertemu kembali kekasih lama yang dicintainya sewaktu di universiti dulu iaitu John Johny Johnathan.
Paling tragis sekaligus membuatkan Nikki berfikir dua kali samada untuk meneruskan pernikahannya dengan Omar Shariff atau tidak ialah, apabila John Johny Jonathan melamarnya pada hari pernikahannya itu. Apakah sifat impulsive NIkki kali ini mampu mendorongnya untuk membatalkan pernikahan dengan Omar Shariff di saat akhir?Jawapanya ada di dalam Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!

Tajuk Filem
Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami

Pengarah :
Din CJ

Syarikat Penerbit :
Big Productions Sdn. Bhd

Tarikh Tayangan :
20 Mei 2010

Pelakon:
Haliza Misbun-Nik Melati Sukma @ Nikki (Pelakon Utama)
Fahrin Ahmad-Omar Shariff (Pelakon Utama)
Awie-Putera Aziz Al-Biruni (Pelakon Utama)
Azizi Chunk-Jamil (Pelakon Pembantu)
Abby Abadi-Sarah (Pelakon Pembantu)
Erra Fazira-Markonah (Pelakon Utama)
Dato' Haji Rahim Razali-Dr Sheikh Muzaffar (Pelakon Pembantu)
Dato' Jalaluddin Hasan-Nik Mat (Pelakon Pembantu)
Abon-Cikgu Sapri b Samperit (Pelakon Pembantu)
Farah Fauzana-Wulan (Pelakon Pembantu)
Maimon Mutalib-Timah Ram (Pelakon Pembantu)
Nelly Omar-Delaila (Pelakon Pembantu)

Trailer:



Tonton Online:


KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate