Cinta Kau Dan Aku Episode 01-05

Sinopsis Drama Cinta Kau Dan Aku TV1 RTM Adaptasi Novel Karya Siti Rosmizah
Cerita ni bermula dengan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.

Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.

Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.

Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.

Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu?

Pelakon Cinta Kau Dan Aku
Sara Ali, Fizz Fairuz, Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF, Mustafa Kamal
Trailer/Promo Cinta Kau Dan Aku


Tonton Online Cinta Kau Dan Aku
Cinta Kau Dan Aku Episod 01-  youtube- klik sini          dailymotion- klik sini
Cinta Kau Dan Aku Episod 02-  youtube- klik sini          dailymotion- klik sini
Cinta Kau Dan Aku Episod 03-  youtube- klik sini          dailymotion- klik sini
Cinta Kau Dan Aku Episod 04-  youtube- klik sini          dailymotion- klik sini
Cinta Kau Dan Aku Episod 05-  youtube- klik sini          dailymotion- klik sini
Cinta Kau Dan Aku Episod 06- 
Cinta Kau Dan Aku Episod 07- 
Cinta Kau Dan Aku Episod 08- 
Cinta Kau Dan Aku Episod 09- 
Cinta Kau Dan Aku Episod 10- 
Cinta Kau Dan Aku Episod 11- 
Cinta Kau Dan Aku Episod 12- 
Cinta Kau Dan Aku Episod 13- 

54 comments:

  1. smlm dh main laa..kt tv aq tgok last2

    ReplyDelete
  2. harap2 cerita nie best cm novel dia....tp hero dia xcun la..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. so awak jelah yang jadi heroin :)

      Delete
  3. bila nak masuk episod baru ni..?

    ReplyDelete
  4. sara ali n fizz fairuz are best dpt hdpkan watak farisya dah farish hehe all the best cast cinta kau dan aku..

    ReplyDelete
  5. Nape xde ep br ni?isk2...

    ReplyDelete
  6. episod 3 kan ad hari nie.. mana nyerrr?...

    ReplyDelete
  7. Cerita ni setiap hari ape kluar kt tv1? Dari semlm tkde pn kt tv..

    ReplyDelete
  8. wah..jatuh hati la ngan sara ali.. cute gila

    ReplyDelete
  9. admin npe ep 3 xde pn..xpat tgk lgi ep 3..please upload kn,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update, terima kasih atas kesabaran anda :) -bukan admin hehee

      Delete
  10. link ni xdpt nk bkak untk both episode~~nk tgk..help2~~

    ReplyDelete
  11. Ep 3 maneee??? Asl tk upload lg??

    ReplyDelete
  12. mane episod 3 ni?? npe x upload lg.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. soon, mungkin admin busy. rileks ok :)

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. nak mintak tlg admin upload kan untuk episode 3 dan 4..pleaseeeeee!!
    mmg feel lar citer nih...

    ReplyDelete
  15. mana episod 3? macam mana diorang boleh kawin? cepat la admin please :(

    ReplyDelete
  16. npew episod 2 x blh download??

    ReplyDelete
  17. episod 3 xda tp episod 4 dh da..cepat r upload ep. 3... :(

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. soon tu ble thun depan ye....

      Delete
    2. hamboi2 ingat admin takde keje lain ke. sabar la sikit bro

      Delete
  19. episod 3 pls.. :(

    ReplyDelete
  20. cer bg fazreen rafi yg jd hero..msti lg bes

    ReplyDelete
  21. dh bpe ari ni.npe ep 3 xda lagi.ep 3 pls.

    ReplyDelete
  22. episod 3!!!!!waaaa!!!

    ReplyDelete
  23. .nk episod 3 .... peace .... cter dye best gler ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update ye , selamat menonton :)

      Delete
  24. mane episod 3 ...

    ReplyDelete
  25. harap dpt upload episod 3 as soon as possible...ari tu xsempat nak tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update :) selamat menonton , macam aku pulak admin. hehhe

      Delete
  26. Episod 3 please :( ASAP please :((

    ReplyDelete
  27. looking forward for episode 3.tapi tidak ada :( haissh

    ReplyDelete
  28. Ntah mana episod 3 gak he:*)

    ReplyDelete
  29. link ep 1 yg youtube pny da xleh bukak..tlg repair..tq

    ReplyDelete
  30. Hari ini tak ade ke? Nak tengok kat TV1 tapi tak ade pun....

    ReplyDelete
  31. hrini rsanya tde pun tdi kt tv1 sbb ada khatam al-quran tu. hmm kna tggu next week lmbtnya...

    ReplyDelete
  32. dh 100 kali ulang2 episod yg dh ada nih..nk tggu episod seterusnyer mmg x sabar sgt dh nih! rasa nk fitam menunggu nih...pe pu terbaik untuk artis sara ali n fiz fairuz..membawa watak dgn baik skali.

    ReplyDelete
  33. xsbar nak tngok eps sterusnya..mngade btol farah adik farish tu..mmg sbijik wtk dlm novel tu..

    ReplyDelete
  34. kepada admin..nak episod baru...nak tngok tige empat kali..takpuas tngok skali..hehehe

    ReplyDelete

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate