Delusi TV9

Sinopsis Delusi TV9 Skrin di 9
Ketika menetap di banglo Bukit Tunku, Dato Hanif pernah kehilangan isteri kesayangannya apabila salah seorang pekerjanya yang psiko menculik isterinya dan mengakibatkan kedua mereka terbunuh dalam satu kemalangan ngeri sehingga dia meninggalkan rumah itu. Tiga tahun kemudian, Dato Hanif kembali ke rumah Bukit Tunku bersama isteri barunya Sabrina, dan semua kisah lama mula menghantui hidup Dato Hanif kembali dan juga merungkai segala rahsia yang terpendam selama ini.

Pelakon Delusi:
Faizal Hussin, Sharifah Amani, Zizie Ezzette, Azhan Rani, Sherry Al Hadad dan Tunku Hanis.

Trailer/Promo:

Tonton Online:
klik sini

Spy M Episod 01-13 (akhir)


Sinopsis Spy M Slot Aksi TV3
kisah bermula apabila sebiji batu meteor yang sedang terbang melintasi planet Bumi telah terlanggar sebuah satelit Malaysia, meyebabkan ia terpesong arah laluannya dan menjunam jatuh ke dalam semak samun di sebuah kampung pendalaman. Malangnya, tiada sesiapapun yang menjadi saksi kepada kejadian misteri tersebut kerana hari sudah lewat malam.

Keesokan harinya, Milah (Sharifah Shahira) pagi-pagi lagi dikejutkan dengan suara Kak Besah yang mengadu gelangnya hilang. Kak Besah meminta bantuan Milah yang sememangnya terkenal di kampung mereka dengan kebolehan menyiasat untuk mencari gelangnya. Pada waktu yang sama, anak perempuan Milah, Salsabila (Wan Sharmila) pula terpaksa tinggal di rumah untuk menjaga adiknya, Fiq (Adik Ahmad Daniel) yang mengidap sakit lelah.

Tiba-tiba, Fiq terlihat satu cahaya misteri yang datang dari batu meteor berhampiran semak di belakang rumah mereka dan bergegas keluar untuk melihat dengan lebih dekat apakah punca sinaran itu. Salsabila yang cuba menghalang Fiq dengan secara tidak sengaja menyebabkan Fiq tersentuh batu meteor itu. Kedua beradik amat terkejut apabila ada satu arus elektrik yang mengalir keluar dari batu itu dan menyambar mereka berdua. Sal dan Fiq terus jatuh pengsan manakala batu meteor itu hancur meletup. Sebaik sahaja tersedar, Sal dan Fiq mula rasakan yang ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka.

Gembira dengan penemuan gelangnya hasil siasatan Milah, Kak Besah menyarankan agar Milah mencuba nasib meminta kerja sebagai ejen penyiasat peribadi selepas terbaca iklan jawatan kosong di Madam J PI, sebuah agensi penyiasat terkenal di kawasan itu. Bukan sahaja Milah gagal mendapat kerja, malah penampilan ala kampungnya diketawakan Madam J. Ketika pulang, Milah berkenalan dengan Datin Que yang menawarkan Milah ganjaran yang lumayan jika berjaya menjejaki kucingnya yang hilang.

Siasatan Milah telah membawa kepada penemuan rahsia kejahatan orang gaji Datin Que yang bernama Seri. Rupa rupanya, Seri merupakan dalang utama kepada kes kecurian kucing kesayangan Datin Que. Seri telah menjual kucing Datin kepada orang lain dan merancang dengan teman lelakinya untuk merompak semua barang kemas Datin Que. Oleh kerana takut rahsia dan komplot jahatnya dibongkar Milah, Seri terus memukul kepala Milah sehingga pengsan dan menyembunyikan Milah di rumah teman lelakinya. Seri turut mencederakan Datin Que dan mengugut supaya wanita kaya itu mengikut kehendaknya dan membuka peti emasnya.

Sementara itu Sal yang berada di rumah menjadi semakin risau apabila kelibat ibunya tidak muncul-muncul selepas seharian keluar menghadiri temuduga di syarikat Madam J PI. Sal ingin berkongsi rahsia dengan ibunya tentang penemuan batu meteor dan kuasa luar biasa yang terdapat pada dirinya. Sal sedar yang dia berupaya membaca pemikiran orang lain apabila disentuh serta mengimbas kembali akan perbuatan yang dilakukan individu berkenaan sejurus sebelum waktu kejadian. Seakan tidak percaya, Fiq pula mampu untuk bergerak dengan pantas walaupun secara logiknya fizikal adik lelakinya tidak begitu mengizinkan kerana penyakit lelahnya.

Bimbang akan sesuatu yang buruk telah menimpa ibu mereka, Sal dan Fiq pergi berjumpa Madam J untuk menjejaki Milah. Berkat kebolehan ‘luar biasa’ Sal, mereka berjaya menemui Milah yang dikurung Seri dan menumpaskan sindiket yang dijalankan bersama teman lelakinya. Untuk membalas jasa Milah dan keluarga, Datin Que berbesar hati membuka sebuah syarikat penyiasatan yang akan diterajui oleh Milah dan diberi nama SPY M.

Bagaimana keadaan Milah selepas mengetahui tentang kelebihan ‘luar biasa’ yang ada pada anak-anaknya? Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Tonton Online:

Spy M Episod 01 - klik sini
Spy M Episod 02 - klik sini
Spy M Episod 03 - klik sini
Spy M Episod 04 - klik sini
Spy M Episod 05 - klik sini
Spy M Episod 06 - klik sini
Spy M Episod 07 - klik sini
Spy M Episod 08 - klik sini
Spy M Episod 09 - klik sini
Spy M Episod 10 - klik sini
Spy M Episod 11 - klik sini
Spy M Episod 12 - klik sini
Spy M Episod 13 - klik sini     Dailymotion - klik sini

Dalam Setiap Sujudnya Episod 01-14

Sinopsis Dalam Setiap Sujudnya Slot Ratu TV9:
Membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kehadiran Jannah, sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah  yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez .
Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha . Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.
Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?

Pelakon Dalam Setiap Sujudnya:
Nur Fathia, Keith Foo,Azlee Khairi,Rozie Othman,Elfaeza UI Haq

Tonton Online:
Dalam Setiap Sujudnya Episod 01 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 02 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 03 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 04 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 05 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 06 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 07 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 08 - klik sini       dailymotion - klik sini
Dalam Setiap Sujudnya Episod 09 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 10 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 11 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 12 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 13 - klik sini       dailymotion -
Dalam Setiap Sujudnya Episod 14 - klik sini       dailymotion - klik sini



Janji Shirah Episod 01-13(akhir)

Sinopsis Drama Janji Shirah TV3
Shirah merupakan seorang penuntut kolej di tahun akhir dalam jurusan perhubungan awam. Dia sentiasa ceria dengan hidupnya walaupun bukan berasal dari keluarga yang berada. Shirah mempunyai seorang teman lelaki, Luqman yang menuntut dalam jurusan kejuruteraaan. Shirah sangat rapat dengan Mira. Dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya tersendiri.

Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya, Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal dari keluarga kaya. Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Selepas Arfah meninggal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani dengan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, Shirah terpaksa mencari kekuatan untuk menyara hidup 3 adik beradik itu walaupun masih belum habis belajar.

Mira berpura-pura simpati dengan Shirah dan mencari peluang untuk merosakkan hubungan Shirah dan Luqman. Keluarga Shirah pula, Mak Jenah (ibu Shirah), Redzuan (abang Shirah) dan Alina (kakak Shirah) masing-masing mempunyai kesulitan dan alasan sendiri untuk tidak menjaga Balqish, Afiq dan Liana.

Dr. Amir yang merawat Arfah dahulu muncul menghulurkan bantuan. Shirah terharu dengan kebaikannya. Hubungan rapat Dr. Amir dan Shirah telah menimbulkan rasa cemburu di hati Luqman. Justeru, hubungan Shirah dan Luqman menjadi dingin.

Shirah terkejut dengan permintaan Rania untuk Shirah berkahwin dengan suaminya, Dr. Amir demi menyelamatkan perkahwinan mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata. Shirah berada dalam dilema. Apakah ini jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh Shirah? Adakah keputusan Shirah untuk berkahwin dengan Dr. Amir dapat menjaga kebajikan anak-anak saudaranya? Bagaimana pula dengan Luqman?
Pengarah Janji Sirah: 
Along Kamaruddin

Pelakon Janji Shirah:
Nabila Huda ,Iqram Dinzly ,Airiel Zafril ,Ako Mustapha,Fauzi Nawawi ,Zarina Zainordin ,Arfah Damanhuri ,Zarina Zainudin ,Sherry Merlis ,Airis Yasmin ,Ika Nabila ,Hairi Safwan,Watie Sadali

Promo Janji Shirah


Tonton Online Janji Shirah
Janji Shirah Episod 01-02 - klik sini
Janji Shirah Episod 03-04 - klik sini
Janji Shirah Episod 05-06 - klik sini
Janji Shirah Episod 07-08 - klik sini
Janji Shirah Episod 09      - klik sini   dailymotion- klik sini
Janji Shirah Episod 10-11 - klik sini   dailymotion- klik sini
Janji Shirah Episod 12                       dailymotion- klik sini
Janji Shirah Episod 13                       dailymotion- klik sini

Zombie Kampung Pisang Full Movie (2007)


Sinopsis Zombi Kampung Pisang
Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam.

Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, Bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya semasa pulang ke rumah. Tiga pemuda kampung yang sedang melepak di tepi jalan telah menyaksikan kejadian itu lalu mengusung mayat Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung.

Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena–mena meninggal dunia semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah gawat. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang.

Kerantong dipalu, memecah keheningan Kampung Pisang pada malam itu. Orang kampung mula berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia.
Tiba-tiba bekalan eletrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi 'Zombie' mula menyerang orang-orang kampung. Pihak Polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Keadaan menjadi bertambah gawat dan huru-hara apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh "Zombie-Zombie".
Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?

Pelakon Zombie Kampung Pisang
Awie sebagai Hussein
Ezlynn sebagai Maimun
Soffi Jikan sebagai Sofi
AC Mizal sebagai Mat Karan
Que Haidar sebagai Deris
Hamid Gurkha sebagai Pak Mail
Nadia Mustafar sebagai Munah
Man Kadir sebagai Pak Jabit
Zami Ismail sebagai Pak Abu
Shy8 sebagai Usop
Mazlan Pet Pet sebagai Inspektor Cenehom
Loloq sebagai A. Kamsan

Tonton Online:
klik sini

Filem Rock 2005

Sinopsis Filem Rock 2005
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda dalam sebuah band rock yang pernah memasang impian untuk jadi terkenal. Watak utamanya ialah Zubir, atau lebih diminta di kenali sebagai Zack - guitarist, Jijo – bass, Black – drummer, Amy - vocalist kadang-kadang main tamborine dan Zul Kapan – vocalists 2, mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka iaitu mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands akan diadakan di tempat mereka. Untuk menyertai acara Battle Of The Bands itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan And The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras.

Pelakon Filem Rock 2005 
Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Norazmi Bahron, Mohamad Shoffi Jikan, Siti Elizad, S. Amin Shahab, Norlida Ahmad, Julie Dahlan, Kamarool Yusof, Jaafar Onn, Sapri Ibrahim, Nabila Huda, Hani Hermi, Farah Man Kidal, Sarimah Mohd Daud, Loloq, Amy Search, Man Kidal (Lefthanded), Nasir Jani, Hamid Gurkha, Rashidi Ishak, Hanifah Zainuddin, Shafiee Othman, Azmi Black (Wings), Rosminah Sidek, Isrizal Mohd Isa, Mohd Herwan Sairon, Azhar Md Tasi, Mohd Hishamsul Yahya

Pengarah Filem Rock 2005: Mamat Khalid

Tonton Online:
klik sini

Jangan Ganggu Aku

Sinopsis Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3
Jangan Ganggu Aku mengisahkan Romi dan Rosma yang selalu meluahkan perasaan tak puas hati mereka terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari. Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar, tetapi dihalang oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun selepas berkahwin.

Romi tak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah. Setiap kali Romi dan Rosma menyatakan hasrat mereka untuk berdikari, Razif bertegas melarang. Pertengkaran mereka akan berakhir di situ dengan Razif bertegas jika mereka menganggapnya abang, tinggal saja di rumah itu dan kemudian Razif akan mengurungkan diri berhari-hari di dalam bilik keramatnya, tak mahu diganggu.

Sebenarnya dalam diam, Razif baru sedar setiap lukisan yang dilukisnya ketika dia marah atau tertekan selepas bergaduh dengan adiknya membuahkan hasil yang lebih menakjubkan. Malah, lukisan itu dapat dijual dengan harga tinggi. Jika sebelum ini, lukisan Razif banyak diinspirasikan oleh kehidupannya membesarkan Romi dan Rosma, tetapi kini, pertengkaran mereka pula melontarkan makin banyak ilham.

Dek kerana itulah ada kalanya Razif sengaja menyemarakkan api kemarahan Rosma dan Romi supaya mereka bertengkar dan bergaduh.

Oleh kerana itu juga Razif tak mahu sumber ilhamnya iaitu Romi dan Rosma keluar dari rumahnya. Razif juga sebenarnya terlalu sayangkan Romi dan Rosma yang bagaikan anaknya, namun dia tak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya.

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini jangan lupa untuk meluangkan masa anda menonton Jangan Ganggu Aku. Adakah Razif berterusan menggunakan adiknya demi kepentingan dirinya?

Pengarah : 
Hitlter Zami

Pelakon :
Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Miera Liyana dan Munif Isa

Trailer/Promo :


Tonton Online:
klik sini

Tunggu Sekejap Episod 01-13 (akhir)

Sinopsis Tunggu Sekejap
Selepas Jangan Tidur Lagi dan BROS, malam Ahad para penonton akan terus diserikan dengan sebuah lagi program terbaru, “Tunggu Sekejap”, yang dihoskan oleh penyanyi rock dan pelakon terkenal tanah air iaitu Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie mulai 11 November ini. “Tunggu Sekejap” merupakan program bual bicara variety yang sarat dengan aksi yang mencuit hati dan mendebarkan serta diselitkan elemen-elemen hiburan. Awie tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, ahli sukan, VVIP dan ahli perniagaan.

Kredibiliti Awie selaku penghibur secara solo mahupun bersama bandnya, Wings dan kejayaan filem-filem lakonan beliau, antaranya, “Hantu Kak Limah Balik Rumah”, “Cuci”, “Zombie Kampung Pisang”, “Baik Punya Cilok”, “Bara” serta “Sembilu” menjadikan beliau pilihan tepat untuk mengemudi program “Tunggu Sekejap”. Pertama kali menjadi pengantara sebuah program bual bicara, karakter dan attitude Awie yang cukup sinonim dengan motor kuasa tinggi Harley Davidson menjanjikan suatu yang unik dan dinantikan di dalam “Tunggu Sekejap”.

Tunggu Sekejap Episod 01 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 02 klik sini
Tunggu Sekejap Episod 03 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 04 klik sini
Tunggu Sekejap Episod 05 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 06 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 07 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 08 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 09 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 10 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 11 - klik sini
Tunggu Sekejap Episod 12-  klik sini
Tunggu Sekejap Episod 13-  klik sini

Busu Cerekarama TV3

Sinopsis Cerekarama Busu TV3
Abid atau lebih dikenali dengan panggilan 'Busu' merupakan anak kepada Lebai Osman. Busu mempunyai seorang kakak, Amnah dan seorang sepupu bernama Salina, anak kepada Syohor. Amnah seorang gadis yang bersopan-santun berbeza dengan Salina yang hanya berpura-pura baik di depan ibu bapa sahaja. Amnah bekerja di kedai roti manakala Salina bekerja di restoran makanan segera. Amnah disunting oleh seorang jejaka atas pilihan keluarganya. Hancur luluh hati Salina apabila mendapat tahu bakal suami Amnah adalah bekas kekasihnya yang telah memutuskan hubungan mereka tanpa sebarang sebab. Salina tidak mampu menghalang kerana bimbang kisah lamanya akan terbongkar. Amnah selamat diijab kabulkan dengan Razak. Dua minggu selepas perkahwinan Amnah, Salina pula bertunang dengan Azhari.

Trailer/Promo Busu

Pelakon Cerekarama Busu TV3
Nad Zainal, Bea Rameshan, Fizo Omar, Fazli Daniel Ali, Fathil Dani, Mustapha Kamal, Kathy Azian, Liza Zain

Tonton Online Cerekarama Busu
klik sini

Cinta di Menara Al Burj

Sinopsis Cinta di Menara Al Burj
Cinta di Menara Al Burj atau tajuk asalnya cinta di Burj Khalifa mengisahkan Kartini seorang ibu tunggal, Miza seorang isteri yang sedang berdepan dengan masalah rumahtangga dengan suaminya dan Qaireen andartu yang sudah berusia 27 tahun. Mereka berpeluang ke Abu Dhabi yang banyak mengubah perspektif hidup mereka.

Pelakon Cinta di Menara Al Burj

Rozita Che Wan, Norkhiriah, Tasha Shilla, Aiman Hakim, Abdul Rahmad Suud, Fahrin Ahmad, Dato Rahim Razali, Lidyawati, Riz Amin

Tonton Online
klik sini

Tetamu Maria

Sinopsis Tetamu Maria Telemovie Skrin Di 9 TV9 (Watch Online)
Tetamu Maria saksikan kisah misteri yang dialamai oleh Maria, seorang penulis cerita seram yang baru berpindah dan membeli sebuah banglo lama di kawasan yang agak jauh dari bandar bersama anaknya,Shakila.

Pelakon Tetamu Maria
Aida Aris, Namron, Mak Mah, Nurul Fatehah, Nur Aleeya, Alex Yanz, Taib Mahmud

Tonton Online:
klik sini

Keroncong Untuk Ana Astro Prima

Sinopsis Kerongcong Untuk Ana:
Keroncong Untuk Ana mengisahkan Pak Hamdi (Rahim Razali), pesara guru pemain mandolin (cok) dalam kumpulan keroncong yang semakin dilupakan. Anaknya, Rashdan (Qi) pula ingin menjadi vokalis dan bermain gitar kumpulan indie yang sedang menempa nama di kampungnya iaitu kumpulan SPAM yang diterajui Amirul (Johan). Bagaimanapun, Amirul menetapkan syarat jika Rashdan mahu menyertai kumpulan itu, dia mesti mempunyai alat muzik sendiri. Kerana terdesak untuk mengikut kata hati, dia sanggup mencuri cok ayahnya dan menjual untuk membeli gitar elektrik.

Pelakon Keroncong Untuk Ana:
Dato Rahim Razali, Qi Razali, Lydiawati, Tiz Zaqyah dan Johan Asha'ri.

Penerbit, pengarah, penulis skrip:
Eirma Fatima

Tonton Online:
klik sini

Setia Hujung Nyawa TV3 Episod 01-28


SINOPSIS DRAMA SETIA HUJUNG NYAWA SLOT AKASIA TV3 
ADAPTASI NOVEL  karya Fatin Nabila: 
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Tonton Online:
Setia Hujung Nyawa Episod 01 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 02 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 03 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 04 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 05 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 06 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 07 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 08 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 09 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 10 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 11 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 12 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 13 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 14 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 15 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 16 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 17 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 18 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 19 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 20 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 21 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 22 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 23 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 24 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 25 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 26 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 27 - klik sini  dailymotion: klik sini
Setia Hujung Nyawa Episod 28 - klik sini  dailymotion: klik sini (episode akhir)

Derhaka Seorang Anak

Sinopsis Derhaka Seorang Anak Sempena Maulidur Rasul 2013:
Cemburu dan hasad dengki kian meretakkan kebahagian keluarga.Apakah bala menanti apabila ibu sendiri dikhianati.

Pelakon Derhaka Seorang Anak:
Khatijah Tan, Emelda Rosmila, Jue Aziz, Fezrul Khan, Jason Chong, Intan Ladyana

Pengarah:
Along Kamaludin

Promo/Trailer:


Tonton Online:
klik sini

Suamiku Jururawat

Sinopsis Cerekarama Suamiku Jururawat TV3 
Mikhail anak tunggal Haji Abdul. Bapanya seorang tukang kebun di kediaman Dato' Shahrizal dan Datin Ila. Mikhail bercita-cita menjadi seorang doktor. Oleh kerana keputusan SPM Mikhail tidak memuaskan, Mikhail hanya mampu belajar dalam bidang kejururawatan saja. Setelah menjadi pelajar jururawat, bapa Mikhail meninggal dunia. Dato' Shahrizal nekad mengambil Mikhail sebagai anak angkat dan tinggal sebumbung bersamanya. Dato' Shahrizal sangat menyayangi Mikhail sehingga Datin Ila mencemburuinya.

Pelakon Suamiku Jururawat : 
Tomok, Yana Samsudin,Angelin Tan, Mustapha Kamal,Azlee Khairi

Trailer/Promo:

Tonton Online:
klik sini

Menantu Mak Uteh

Sinopsis Menantu Mak Uteh Telemovie Skrin di 9
Mengisahkan tentang Lijah dan Normah yang berlumba-lumba untuk menjodohkan anak perempuan masing-masing dengan anak Mak Uteh, Hafiz, yang menuntut di luar negara.

Pelakon Menantu Mak Uteh
Anne Abdullah, Sari Yanti, Wan Sharmila, Norlia Ghani, Liza Abdullah, Roy Azman, Sharul Nizam

Trailer/Promo Menantu Mak Uteh

Tonton Online Menantu Mak Uteh
klik sini

Debunga Lalang Episod 01-20

Sinopsis Drama Debunga Lalang Slot Azalea TV3
Aishah merupakan anak kepada Saodah (Ku Fridah) dan kakak kepada Khatijah (Wan Sharmila). Aishah dan Khatijah mempunyai perwatakan yang cukup berbeza. Peribadi Aishah yang lemah lembut tidak cukup untuk menghadiahkannya dengan kasih sayang sejati ibunya apabila Saodah seringkali melebihkan Khatijah dalam apa jua urusan baik pelajaran mahupun layanan sebagai seorang anak. Kehidupan Aishah dan Halim yang tidak semewah Khatijah juga menyebabkan Aishah dipinggir ibu kandungnya.

Aishah dikurniakan 2 orang anak perempuan manakala adiknya yang telah pun berkahwin dengan Bakri (Ungku Ismail) masih belum dikurniakan rezeki. Dek rasa cemburu yang cukup kuat, Khatijah menjalankan rancangan jahatnya untuk mengambil kesempatan tatkala Aishah mengandungkan anak ketiga. Setelah berpakat dengan ibunya serta pelbagai lagi helah lain, anak ketiga Aishah yang diberi nama Ayang Mastura diserahkan kepada Khatijah demi menjaga hati dan perasaan Saodah.

Kasih sayang dan ikatan keibuan antara Aishah dan Ayang Mastura semakin diuji apabila Khatijah bertindak memutuskan hubungan kekeluargaan bersama Aishah dan berhijrah ke luar negara bersama-sama suaminya. Rindu yang ditanggung Aishah bukan sahaja kepada anaknya tetapi juga terhadap ibunya yang mengharapkan Saodah dapat menerima dirinya sama seperti Saodah menerima Khatijah.

Halim yang banyak menyokong Aishah mengambil keputusan untuk membawa Aishah keluar dari kampung tersebut kerana tidak tahan melihat isterinya terus dihina dan dipinggir Saodah. Halim berusaha mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Bertekad untuk keluar dari kepompong kesusahan, Halim berjaya mencapai kejayaan tersendiri.

Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Aishah sekali lagi diduga apabila Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura pulang ke tanahair selepas 10 tahun berada di luar negara. Hasrat Aishah dan Halim menatap wajah Ayang Mastura tidak menjadi kenyataan. Saodah mengusir mereka tatkala mereka mahu datang menjenguk Ayang Mastura. Dek perasaan sayang yang mendalam terhadap isteri dan anaknya, Halim bertekad menuntut hak penjagaan Mastura.

Dapatkah Halim dan Aishah mendapatkan anak mereka? Apakah lagi helah yang bakal dilakukan Saodah dan Khatijah? Mengapa Saodah begitu membenci Aishah dan dapatkah Aishah merasa kasih sayang seorang ibu? Semua persoalan ini bakal terjawab di akhir episod 'Debunga Lalang'.

Pelakon Debunga Lalang 
Noorkhiriah, Zul Ariffin, Wan Sharmila, Ku Fridah, Ungku Ismail, Faralyna Idris, Esliza Loy, Tunku Hanis, Delimawati

Trailer/Promo Debunga Lalang


Tonton Online Debunga Lalang 
Debunga Lalang Episod 01 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 02 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 03 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 04 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 05 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 06 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 07 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 08 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 09 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 10 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 11 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 12 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 13 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 14 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 15 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 16 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 17 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 18 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 19 - klik sini        Dailymotion - klik sini
Debunga Lalang Episod 20 - klik sini        Dailymotion - klik sini

Ruby Slot Samarinda TV3 Episod 01-15


Sinopsis Drama Ruby Slot Samarinda TV3
Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.
Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

Pelakon Drama Ruby Slot Samarinda TV3
Siti Saleha, Sharnaaz Ahmad, Hanez Suraya, Maria Farida, Kartina Aziz dan Shima Anuar.

Trailer/Promo Ruby

Tonton Online Ruby TV3
Drama Ruby TV3 Episod 01 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 02 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 03 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 04 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 05 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 06 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 07 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 08 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 09 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 10 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 11 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 12 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 13 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 14 - klik sini   dailymotion-klik sini
Drama Ruby TV3 Episod 15 - klik sini   dailymotion-klik sini


XOXO TV9 Full Movie

Sinopsis Cerekarama Telemovie XOXO Skrin di 9 
Drama xoxo mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan dan bertemu Haziq buat pertama kali.

Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.

Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.
Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.

Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.
Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lepaskan pelung untuk menonton XoXo

Pelakon XOXO : Remy Ishak , Tiz Zaqyah , Nadiya Nissa , Josiah Hogan dan Afida Es

Tonton Online XOXO
klik sini

Syurga Seorang Isteri

Sinopsis Cerekarama TV3 Syurga Seorang Isteri:
Salina anak yang baik. Dia selalu mengirimkan wang bulanan pada keluarganya. Dia juga membeli rumah untuk orang tuanya. Namun,setelah setahun bernikah,Salina tidak lagi memberikan wang bulanan. Rupa-rupanya suami Salina tidak mengizinkan dia pulang menjenguk ibu bapanya.

Pelakon Syurga Seorang Isteri: Awal Ashaari, Diana Rafar, Adam Shah, Norlia Ghani.

Promo:

Tonton Online:
klik sini

Minyak Dagu Full Movie

tonton online full movie watch online youtube filem minyak dagu full movie
Sinopsis Minyak Dagu:
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah...

Pelakon Minyak Dagu (2013): 
Yana Samsudin, Fezrul Khan, Fizo Omar
Pengarah: Azhari Zain
Penerbit: Metrowealth

Trailer Minyak Dagu

Tonton Online:
Youtube - klik sini
Vimeo - klik sini
Dailymotion - klik sini

Sepah The Movie Full Movie


Sinopsis Sepah The Movie
menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross.

Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi, terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama “Ayu sofea”, yang mana bertugas di bahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “Ayu sofea”. Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah. Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.

Ketahui kisah selanjutnya dalam Sepah The Movie.

Pelakon Sepah The Movie:
Jep Sepah, Shuib Sepah, Mamat Sepah, Anzalna Nasir, Jehan Miskin, Ramona Zamzam, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Rajalawak, Shiro Rajalawak, Talha Rajalawak

Trailer Sepah The Movie

Tonton Online:
klik sini

Adik Manja Returns Full Movie

Sinopsis Adik Manja Returns
Mengisahkan kenakalan pelajar-pelajar perampuan di Kolej Professional Skill dimana Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) menjemput semula Cikgu Azmi (Dharma Harun Al Rashid) bagi memulihkan semula pelajar-pelajar di kolej tersebut terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Filem ini turut menampilkan Maria Tengku Sabri, Ezlynn, Usup Wilcha, Norlia Ghani, Jegan, Along & Azrul Cham, Kumpulan HMC Phlow dan Kumpulan Rokusteps.

Pengarah/Penerbit Adik Manja The Returns
Dharma Harun Al Rashid

Pelakon Adik Manja Returns
Dharma Harum,Rozita Che Wan,Noorfezah elai,Juliana Evans,Jihan Raja Lawak,Adeline Tsen,Fida,Geethanjali,Tengku Noor Fatimah,Nadia Ashlyburn,Azlina Azmi,Ezlynn,Usop Wilcha / Shy8,Along Cham,Azrul Cham,Norlia Ghani

Trailer Adik Manja Returns

Tonton Online Adik Manja Returns:


DVDrip : klik sini
SDTVrip :klik sini

Filem Kahwin 5 Full Movie


Sinopsis Filem Kahwin 5 Miang Lawan Pailang :
Dr. K, seorang jutawan MLM yang terkenal dengan gelaran playboy tua dan sifat mata keranjangnya masih ingin merasa hidup sebagai seorang bujang. Beliau hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya yang dinikahinya berdasarkan kekuatan agama, kecantikan, kekayaan dan keturunannya. Kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki, dilengkapkan lagi dengan kejayaannya dalam perniagaan mangkuk plastik produk MLM keluaran syarikatnya.
Pemergian Dr. K ke cawangannya di Johor Bahru disambut sebagai satu peluang positif, bertukar menjadi kemelut hitam yang bakal memporak perandakan hidupnya dan menjadi mimpi ngeri. Terjebak dalam perangkap Pembantu Peribadinya, Fara, Dr.K seakan tidak mempunyai jalan keluar apabila dipaksa menikahi Fara oleh abangnya Cico.
Berjayakah Dr. K untuk berkahwin lima? Saksikan kesudahan kisah komedi, yang membuatkan anda tidak kering gusi yang muncul pada penghujung 2012.
Pelakon Filem Kahwin 5 Miang Lawan Pailang :
Usop Wilcha / Shy8,Dian P. Ramlee,Adrea Abdullah,Norish Karman,Fizz Fairuz,Shoffi Jikan,Anzalna,Jalil Hamid,Zain Hamid,Roslan Bin Saleh,Dato' Chef Hj Ismail Ahmad,Roslan Lam Abdullah,Adam Faiz
Pengarah Filem Kahwin 5 Miang Lawan Pailang :
Nizam Zakaria

Trailer Filem Kahwin 5 Miang Lawan Pailang :


Tonton Online Filem Kahwin 5 Miang Lawan Pailang:
dailymotion : sini  vimeo: sini
download : klik sini
*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate