Selagi Cinta Berzikir Full Movie


Sinopsis Selagi Cinta Berzikir Full Movie Download TV1 Tribute P Ramlee
Ia mengangkat kisah sepuluh tahun lalu, demi cinta, Nazira sanggup meninggalkan kemewahan keluarga untuk hidup bersama Fazli, seniornya ketika sama-sama menuntut di Universiti. Tekad Nazira untuk berkahwin dengan Fazli menyebabkan hubungan Nazira dengan ayahnya, Datuk Ramli menjadi dingin dan renggang. Ini kerana Datuk Ramli kurang senang bermenantukan Fazli yang bukan sahaja tidak tahu asal keturunan kerana dibesarkan di rumah anak yatim selepas diselamatkan dalam satu operasi membanteras kutu rayau, tetapi juga gagal mendapat sebarang pekerjaan selepas keluar dari Universiti. Fazli akhirnya bekerja sebagai makanik untuk menyara kehidupan.

Berlainan pula dengan ibu Nazira, Datin Mahani yang amat bersimpati dengan kehidupan Nazira dan Fazli yang serba kekurangan, tetapi tidak berani membantu Fazli kerana telah diugut oleh Datuk Ramli. Kononnya Datuk Ramli mahu Fazli berdikari. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa mereka hadapi untuk mendirikan rumah tannga.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand. Malang tidak berbau kerana ketika dalam perjalanan, kawasan mereka telah diserang oleh penjahat yang cuba untuk menakluki kawasan itu. Fazli dan Nazira cedera. Fazli berasa kecewa kerana dia gagal menjaga Nazira. Kaki Nazira terpaksa dipotong kerana kecederaan yang teruk. Bagaimanapun Fazli tetap setia. Baginya Nazira tidak bersalah. Fazli nekad untuk hidup bersama Nazira biar apa pun yang berlalu. Bermulalah rutin baru dalam kehidupan Fazli. Dia sentiasa dihambat masa. Sebaik habis berkerja, dia akan bergegas pulang ke rumah untuk menjaga Nazira.

Fazli juga menjadi seorang yang sensitif. Nazira faham tekanan perasaan yang dilalui oleh Fazli.
Dia mula tabah berdepan dengan kemelut yang dihadapinya. Nazira dijaga dengan penuh kasih sayang. Dia sedar, Nazira amat menyintainya dan takdir telah menguji kesabarannya. Setiap hari, makan, minum, pakaian dan urusan diri Nazira dijaga sebaik mungkin. Kehidupan mereka sederhana tetapi bahagia.

Pada suatu hari, Fazli terpaksa balik lewat untuk mencari duit lebih. Nazira keluar dari rumah dan mencari Fazli. Nazira terserempak dengan beberapa penjahat dan mereka telah merogol Nazira. Fazli rasa bersalah dan semakin sensitif. Dia merasakan yang dia memang tidak layak untuk menjaga Nazira. Fazli telah menghubungi mak Nazira, Datin Mahani supaya mengambil Nazira semula.

Pengarah: Eirma Fatima
Pelakon : Beto Kusyairi , Sharifah Amani

Tonton Online Selagi Cinta Berzikir
klik sini

7 comments:

  1. Is this the end of the story.....Is there a part 2 of it?!!!!

    ReplyDelete
  2. Cerita mcm tk habes la bro..blh tlg selidik bro?

    ReplyDelete
  3. cite ni mmg cm tu jer ker...asal mcm xabis jer..or laki tu mmg dah mengalah ek??

    ReplyDelete
  4. aah,,npe cm xabis upload je ni

    ReplyDelete
  5. mcm xabis jer....biar betul....apa kesudahannya cerita ni...

    ReplyDelete
  6. memang gitu lah akhirnye ye , takde crite tergantung ke ape.. tribute to p.ramlee ok you olls, berkorban apa saja harta ataupun nyawa. ce tengok kisah lagu tu ape pasal p. ramlee menghasilkan lagu tersebut. hishhhh you olllsss niiiiii ...

    ReplyDelete
  7. telemovie beto yg baru "bayangan rindu" takde ke admin...

    ReplyDelete

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate