Ady Valentino



Sinopsis telefilem cerekarama Ady Velentino full movie
Ady Valentino mengisahkan seorang pemuda berusia awal 20-an, Ady seorang 'mat-despatch' di sebuah syarikat guaman di ibu kota. Ady memasang impian untuk berkahwin wanita berpangkat tinggi.
Ady menyimpan perasaan terhadap seorang gadis di pejabatnya bernama Maya walaupun Maya sering kali hanya mempergunakan Ady untuk kepentingannya.
 Selepas diperlekeh oleh teman sepejabat kerana berangan untuk memiliki Maya, Ady mengambil keputusan untuk melakukan kerja sambilan agar dia dapat membeli kereta mewah dan melamar Maya.
Suatu hari, Ady meghantar bunga ke sebuah stesen televisyen. Tiba di sana, Ady bertembung dengan seorang gadis jelita membuatkan dia terpukau.
Dengan bantuan rakan serumahnya, Zack, Ady mula mengorak langkah untuk mengenali gadis bernama Eyza, pembaca berita di stesen televisyen tersebut. Berjayakah Ady memikat Eyza?

Tonton Online:
klik sini

Evolusi KL Drift The Series Episod 01-13


Sinopsis: Evolusi KL Drift The Series ini dibintangi Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Zain Saidin, Zach (X-Factor), Ridzuan Hashim dan Ammar Alfian Aziz, ia turut diserikan dengan penampilan khas pelakon Aaron Aziz yang membawakan watak antagonis bersama Norman Hakim. Evolusi KL Drift adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara diterajui dua watak utama Zack dan Sham, dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta drift.

Kelazimannya bidang perlumbaan kereta drift didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai hobi yang dikira ‘daring’ dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lagir cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl rasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta drift ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Tonton Online:


Evolusi KL Drift The Series Episod 01 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 02 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 03 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 04 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 05 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 06 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 07 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 08 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 09 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 10 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 11 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 12 - klik sini
Evolusi KL Drift The Series Episod 13 - klik sini



Telefilem Lobak, Skrin di 9

Sinopsis Drama Telemovie  LOBAK Skrin di 9:
Lobak mengisahkan mengenai Bakhtiar (Adam Hezly) yang berumur 8 tahun, seringkali datang ke perlumbaan kuda yang menjadi acara tradisi kaum Bajau di mana abangnya Amir (Addy Ashraf) bekerja sebagai penjaga kuda.
Pada suatu hari, Amir dan Tuan Mursid (Abu Bakar Omar), pemilik kandang kuda di mana Amir bekerja terkejut melihat Bakhtiar dengan beraninya datang dan menghulurkan sebiji lobak merah untuk dijadikan makanan kepada seekor kuda liar yang selama ini sering naik minyak dan sukar dijinakkan. Semenjak itu, kuda itu diberi nama Lobak dan jika ada sesuatu yang tidak kena pada Lobak, Bakhtiar diminta untuk ke kandang kuda bagi menenangkannya.

Keakraban Bakhtiar dan Lobak seperti tidak dapat dipisahkan lagi apabila Tuan Mursid mahu menembak Lobak setelah kuda itu tercedera dan tidak mungkin dapat berlumba lagi. Bakhtiar memohon kebenaran untuk memelihara Lobak tetapi menimbulkan rasa tidak senang di hati ibunya, Salmah (Umie Aida).

Salmah risau jika perbelanjaan mereka tidak mencukupi untuk merawat penyakit jantung Bakhtiar tanpa diketahui oleh Bakhtiar. Namun adakah kasih sayang yang terjalin antara Bakhtiar dan Lobak akan terpisah kerana penyakitnya itu?

Telefilem istimewa yang diberi tajuk Lobak ini diterajui para pelakon hebat iaitu Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf dan Abu Bakar Omar.

Trailer/Promo


Tonton Online:
klik sini

Mimpi Cinderella Episod 01-13 (akhir)

Tonton Online mimpi DRAMA cinderella slot lestary tv3 full movie
Sinopsis Mimpi Cinderella
Mengisahkan Saleha (Eina Azamn) yang selalu dibuli ibu tiri(Sharifa Shahora)  dan 2 adik tirinya di kampung, Iza dan Ita. Saleha mengimpikan hidup senang di bandar, dia kemudian dapat bekerja dengan cik Lorna (Zarina Af). Lorna tak suka gaya Saleha yang masih kekampungan, dan mengupah pembantunya Lokman untuk mengubah penampilan Saleha.

Adakah Saleha akan berjaya tinggal di bandar dengan senang lenang, dan dapatkah dia bertemu dengan lelaki pujaan yang kaya raya.

Tonton Online:
MIMPI CINDERELLA EPISOD 01 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 02 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 03 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 04 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 05 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 06 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 07 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 08 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 09 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 10 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 11 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 12 - (tonton online)
MIMPI CINDERELLA EPISOD 13 - (tonton online)

Kampung Mangkuk Sengkuang


Sinopsis Kampung Mangkuk Sengkuang / kampung mangkung sengkuang
Kampung Mangkuk Sengkuang menjadi huru-hara apabila penduduk kampung menjadi takut dengan kejadian hantu-hantu menyerang kampung mereka.

Pelakon Kampung Mangkuk Sengkuang 
Johan As'ari, Wawa Zainal, Zalif Sidek dan Nizam Zaidi.

Trailer/Promo


Tonton Online:
klik sini

Jalan Pintas Ke Syurga


Sinopsis Drama Jalan Pintas Ke Syurga
Mengisahkan tentang rintihan seorang kanak-kanak bernama Nurul yang mendambakan kasih sayang ibunya, Munirah. Suatu hari, Nurul terpandang kemesraan antara ibu dan anak yang membuatkan Nurul tersentuh. Ketika khusyuk memerhatikan gelagat dua beranak tadi, Nurul tidak perasan dia ditegur oleh Haji Musa. Nurul mengadu tentang nasibnya yang sering dimarah dan dipukul oleh Munirah kepada Haji Musa. Nurul menyatakan hasratnya untuk mengikut Munirah ke sawah. Dalam riak kurang senang, Munirah membenarkannya. Ketika leka bermain, Nurul terjatuh ke atas batas sawah yang baru dibaiki Munirah. Munirah meluru ke arah Nurul. Malangnya, kaki Munirah tersepak mata cakar yang mengakibat jari Munirah terbelah dua.

Pelakon Telemovie Jalan Pintas Ke Syurga ialah Elly Mazlein, Azhan Rani, Datuk Jalaludin Hassan, Watie Sadali, Zila Bakarin dan Farah Nadia

Promo/Trailer

Tonton Online;
klik sini


Drama Runtun Qalbu Episod 01-13 (Akhir)

Sinopsis Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3

Mengisahkan tentang Qalbu (kamal) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida).

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Pelakon utamanya terdiri dari Kamal Adli sebagai Qalbu, Fasha Sandha sebagai Idayu, Shah Iskandar sebagai Kelabu, Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah, Shukri Yahya sebagai Bon, Reen Rahim sebagai Amy, Kaza sebagai Zaidi, Razak Ahmad sebagai Imam Musa, Rosnah Johari sebagai Rahimah, dan Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah

Tonton Online;
Drama Runtun Qalbu Episod 01- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 02- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 03- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 04- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 05- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 06- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 07- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 08- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 09- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 10- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 11- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 12- klik sini
Drama Runtun Qalbu Episod 13- klik sini (episod akhir)

PELAKON RUNTUN QALBU,SINOPSIS RUNTUN QALBU,FULL MOVIE, DOWNLOAD,RUNTUN QALBU,runtunkalbu

Doktor Cinta TV9

Sinopsis Doktor Cinta TV9 Skrin di 9.
Cerekarama, Telemovie. seorang Doktor Cinta yang tidak pernah berjaya menyelesaikan masalah cinta para pesakitnya. Malahan akan menjadi lebih teruk dengan nasihat dan campur tangannya. Cinta diberi tempoh 30 hari untuk menyelesaikan satu masalah cinta jika dia mahu kliniknya terus kekal menjadi miliknya atau tidak kliniknya akan ditutup oleh bapanya, Dato' Love. Mampukah Cinta untuk mengekalkan klinik miliknya?

Pelakon Doktor Cinta TV9
Zarina Zainordin, Kamal Adli,Mustafa Kamal, Khatijah Tan dan Wan Sharmilalala

Trailer/Promo

Tonton Online:
klik sini

Parut Asyikin


SINOPSIS DRAMA TELEMOVIE Parut Asyikin
Parut Ashikin mengisahkan percintaan antara Muas lakonan Eman dan wanita muda bernama Ashikin (Erra). Tanpa pengetahuan Ashikin, Muas menyimpan satu rahsia besar yang sangat dikesalinya.

Ketika muda, Muas dan sahabat karibnya, Lazim (Bohari) bersembunyi dalam rumah bagi mengelakkan ditangkap penduduk kampung.

Mereka membunuh pemilik rumah itu dan ketika menguruskan mayat, ada wanita yang menunggu masa melahirkan bayi dalam kandungan menjerit di muka pintu. Wanita itu terkejut melihat kehadiran dua lelaki tidak dikenali menguruskan mayat suaminya.

Muas sedar sampai masa wanita itu bersalin dan membantu wanita itu biarpun ditegah Lazim. Muas memenuhi permintaan wanita itu supaya mengiqamatkan bayi yang dilahirkan.

Ketika itu Muas terdengar bisikan supaya melakukannya dengan ikhlas kerana bayi itu adalah jodohnya. Selesai memenuhi permintaan itu, dia terdengar lagi bisikan supaya menjaga anak itu dengan baik kerana kematiannya nanti berpunca daripada gigitan labah-labah hutan.

Muas tiba-tiba naik angin lalu mengambil kerambit dan mengelar bayi itu. Orang ramai yang mendengar jeritan menerpa ke rumah itu. Muas berjaya melepaskan diri, tetapi Lazim berjaya ditangkap.

Karya hebat ini menggandingkan pelakon hebat Eman Manan dengan primadona filem Melayu Erra Fazira buat kali pertama selain dibantu oleh Haryanto, Along Ezendy, Bohari Ibrahim dan Liza Abdullah.

Tonton Online:
klik sini

Putera Rayyan TV3 Episod 01-23 (akhir)


SINOPSIS PUTERA RAYYAN
Diadapatasi dari kisah Putera Rayyan yang ada dalam kisah hikayat Bawang Putih Bawang Merah, Putera Rayyan ( Kamal Adli) menyamar sebagai pekerja di syarikat Datuk Norman. Anak Datuk Norman, Arisa(Nad Zainal) dan Anisa juga bekerja di syarikat itu.

Putera Rayyan terpikat dengan hati budi Arisa yang melayannya dengan baik, jauh berbeza dengan Anisa yang sombong dan mementingkan status.
Baru saja cinta berputik, Datuk Norman meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang isteri keduanya, Nora yang juga ibu Anisa.
Sejak insiden itu, hidup Arisa dirundung malang. Rayyan berjanji mahu menjaga Arisa sebaik mungkin.
Arisa dan Putera Rayyan berkahwin juga tetapi kehidupan rumahtangga mereka tidak bahagia seperti yang diharapkan. Hidup mereka suami isteri bergolak disebabkan campurtangan dari pihak mertua dan juga kehadiran orang ketiga, yang mahu memusnahkan hubungan mereka.
Arisa sering dianiaya oleh saudara tirinya Anisa. Dia didera secara fizikal dan mental hingga jiwanya tertekan, dan selalu menyalahkan dirinya atas kematian kedua ibu bapanya. Anisa sangat kejam tetapi kurang bijak, bertindak kasar serta sanggup berbuat apa saja ke atas Arisa.
Ibu mertuanya Tengku Mariam yg tidak merestui perkahwinan dia dan Rayyan dan mahu menjodohkan Rayyan dengan Tengku Suraya.
Nora pula mengatur rancangan mahu menjodohkan Rayyan dengan Anisa apabila sedar Rayyan adalah keturunan diraja yang kaya raya.Sampai bila nasib Arisa akan dirundung malang, dapatkah Arisa dan Rayyan bahagia kembali

PELAKON: Kamal Adli, Nad Zainal, Miera Liyana, Luftya, Aida Aris, Zila Bakarin, Shahee, Razali Hussin dan Zuhairi Ibrahim.

Putera Rayyan Episod 01 - klik sini
Putera Rayyan Episod 02 - klik sini
Putera Rayyan Episod 03 - klik sini
Putera Rayyan Episod 04 - klik sini
Putera Rayyan Episod 05 - klik sini
Putera Rayyan Episod 06 - klik sini
Putera Rayyan Episod 07 - klik sini
Putera Rayyan Episod 08 - klik sini
Putera Rayyan Episod 09 - klik sini
Putera Rayyan Episod 10 - klik sini
Putera Rayyan Episod 11 - klik sini
Putera Rayyan Episod 12 klik sini
Putera Rayyan Episod 13 - klik sini
Putera Rayyan Episod 14 - klik sini
Putera Rayyan Episod 15 klik sini
Putera Rayyan Episod 16 - klik sini
Putera Rayyan Episod 17 - klik sini
Putera Rayyan Episod 18 klik sini
Putera Rayyan Episod 19 - klik sini
Putera Rayyan Episod 20 - klik sini
Putera Rayyan Episod 21 - klik sini
Putera Rayyan Episod 22 - klik sini
Putera Rayyan Episod 23 - klik sini (episod akhir)

Cinta Itu Milikku Episod 01-24 (akhir)


Orangetree Production membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim, Fiffy Natasya dan ramai lagi.

Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi). Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.

Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya.
Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik. Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya. Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang. Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa.

Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh.

Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya. Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril? Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia? Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?

Cinta Itu Milikku Episod 01 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 02 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 03 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 04 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 05 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 06 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 07 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 08 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 09 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 10 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 11 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 12 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 13 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 14 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 15 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 16 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 17 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 18 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 19 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 20 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 21 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 22 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 23 - klik sini
Cinta Itu Milikku Episod 24 - klik sini (episod akhir)




Pontianak VS Orang Minyak Full Movie


Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak

Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

Filem Pontianak VS Orang Minyak :
Pengarah : Afdlin Shauki
Penulis Skrip : Afdlin Shauki

Pelakon Pontianak VS Orang Minyak:
Nabil,Johan Raja Lawak,Sharifah Shahirah ,Sharifah Amani,Afdlin Shauki ,Harun Salim Bachik ,Black Kopi O (Raja Lawak) ,Lana Nordin ,Khir Rahman ,Adibah Noor ,Isma Hanum ,Nur Atirah Rahani ,Fizz Fairuz,Tepet Raja Lawak

Fara Fauzana,Noh Hujan,Dr. Azizan,Vanidah Imran,Dira Abu Zahar,Ozlyn Watie,Mak Jah

Trailer Pontianak VS Orang Minyak:


Tonton Online:
klik sini




Sebuah Piala Seekor Kambing Full Movie

Sinopsis Sebuah Piala Seekor Kambing
Telefilem ini mengisahkan tentang usaha seorang penggawa muda, iaitu Penggawa Nawi yang baru dilantik ke jawatan itu untuk menyatukan orang-orang muda di kampong Pantai Cherang Nipah dan kampung Bendang Kweng yang sering bergaduh melalui perlawanan bola sepak.

Usaha murninya mendapat sokongan anak muda dan mereka bersedia berlatih untuk pertandingan yang menyediakan seekor kambing sebagai hadiahnya. Walau bagaimanapun keinginan untuk menunjuk kekuatan dan kemenangan dalam pertandingan itu serta perasaan dendam sebelum itu menyebabkan beberapa pemain menggunakan pendekatan yang salah seperti bomoh.

Bukan itu sahaja, para penyokong mereka juga membuat tindakan yang salah, sehingga sanggup menggunakan rasuah. Namun di sebalik saingan pertandingan itu, siapa menyangka wujud pula hubungan kasih antara anak muda di dua kampung yang bertanding tersebut. Ini yang terjadi kepada Jani dan Shimah. Sungguhpun drama ini mengangkat sukan bolasepak sebagai isu utamanya, tetapi penonjolan beberapa isu kemasyarakatan menjadikan drama ini lebih menarik.

Pelakon Sebuah Piala Seekor Kambing
Syed Aiman (Jani), Miera Amnas (Shima), Khusairi Chua (Dollah Jin), Isey Fazlisham (Hasyim), Kamarol Hj. Yusuf (Penghulu Din), Sabri Yunus (Penghulu Che Kah)

Tonton online:
klik sini


Cerekarama Kalut, TV3

Sinopsis Cerekarama Kalut TV3
Cerekarama Kalut ini mengisahkan kekalutan pasangan suami isteri, Sufian dan Niza membuat persiapan empat orang anak mereka untuk pulang ke kampung menziarahi nenek sempena cuti sekolah. Fatin, Aizat, Najwa dan Naim begitu teruja untuk pulang ke kampung namun bapa mereka, Sufian yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta suka membuat kerja di saat akhir. Pelbagai kejadian berlaku antaranya ketika membeli baju dan menyewa kenderaan sehinggalah tiba di kampung. Namun dapatkah Sufian dan anak-beranak bertemu dengan nenek mereka?

Trailer/Promo
:
Tonton Online:
klik sini

Perempuan Itu Ibuku

SINOPSIS PEREMPUAN ITU IBUKU CEREKARAMA TV3
Perempuan Itu Ibuku mengisahkan kasih seorang anak iaitu Azri terhadap ibunya, Zainun. Sejak kecil lagi Azri tidak tahu ibunya bekerja sebagai pelacur. Dia mempercayai ibunya bekerja di salon rambut. Azri sering menghabiskan masa di masjid dengan mendengar kuliah agama. Atas minat mendalam dalam hal keagamaan, Azri berjaya melanjutkan pelajarannya hingga ke Timur Tengah.
Sejurus menamatkan pengajian, Azri kembali ke Malaysia dan terus mencari Zainun. Namun, Zainun yang kini telah menjadi ibu ayam cuba mengelak daripada Azri kerana menyedari dirinya yang kotor dipalit banyak dosa besar. Setelah Azri mengetahui perkara sebenar, dia cuba membawa Zainun ke luar daripada kancah noda itu.
Bagaimanapun, niat Azri itu terhalang apabila seorang pengedar dadah dan juga bapa ayam, Johan sering mengugut dan menzalimi dirinya. Berjayakah Azri membawa Zainun kembali ke pangkal jalan?

Trailer/Promo
Tonton Online:
klik sini

Kenapa Aku Binti Abdullah

Sinopsis Kenapa Aku Binta Abdullah:Kekeliruan seorang anak bernama Amirah, apabila usia menginjak remaja keliru kenapa namanya dibintikan dengn Abdullah. Umminya selama ini tidak pernah menceritakan langsung kenapa namanya dibintikan kepada Abdullah.

Tonton Online
klik sini

Biarlah Rahsia


Sinopsis Drama Biarlah Rahsia Astro Prima:
Biarlah Rahsia. Nila yang bersuamikan Ridz telah menjalinkan hubungan intim dengan Puteri, yang akhirnya menjadi madunya sendiri. Sebuah kisah cinta

Tonton Online:
klik sini

Cinta Nami, TV9

Sinopsis Cinta Nami
Mengisahkan pertemuan tidak diduga antara Raini dan Firdaus di Seoul telah membibitkan rasa cinta. Ketika itu Firdaus sedang bercuti dan Raini pula menghadiri kursus perhotelan di kota Seoul. Firdaus ingin perhubungan mereka diikat dengan tali pertunangan lalu menghantar rombongan meminang dan diterima oleh keluarga Raini. Namun selepas pertunangan mereka, Raini kembali ke Korea. Raini pergi dengan menyembunyikan satu rahsia yang hanya diketahui oleh adiknya Qisha.
Pelakon Cinta Nami:  Iqram Dinzly, Fizo Omar, Nabila Huda, Izreen Azminda.

Tonton Online:
klik sini

Zaiton Ceritaku Full Movie



Sinopsis Filem Zaiton Ceritaku
Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya.

Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon.
Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian?

Diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.
Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon.
Filem sulung arahan Esma Daniel bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya. Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.

Pengarah: Esma Daniel
Pelakon Filem Zaiton Ceritaku:
Nadia Aqilah, Shahronizam Noor, Karl Shafek Ibrahim, Norlia Ghani, Fazlina, Arash Mohd, Riezman Khuzaimi,Siti Rokhaida, Megat Terawis,Eva Emmanyna,Wan Maimunah, Maya Matahari, Eddie Hamid, Manan Sulaiman , Ben Kanobie

Trailer Filem Zaiton Ceritaku


Tonton Online:
klik sini

Istanbul Aku Datang Full Movie





Sinopsis filem Istanbul Aku Datang

Istanbul Aku Datang mengisahkan pelajar kolej, Lisa yang mahu membuktikan dia mampu menjadi isteri baik kepada tunangnya. Ia termasuk sanggup terbang ke Istanbul untuk bertemu tunangnya yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di sana.

Dalam pengembaraannya di Istanbul, Lisa dapati bukan mudah mencari cinta sejati hinggalah dia bertemu dan jatuh hati dengan seorang artis yang menetap di sana.


Istanbul aku datang merupakan filem yang diarahkan oleh Bernard Chauly yang dibintangi oleh pelakon utama seperti Lisa Surihani,Beto Kusyairy,Tomok,Aizat dan ramai lagi.Pembikinan filem ini 100% di Istanbul,Turki.Filem ini juga dijangka menemui penonton pada tahun 2012 yang berkonsep romantik komedi.

Tonton Online:
KLIK SINI

Atas Cinta Bawah Cinta



Sinopsis Cerekarama TV3 Atas Cinta Bawah Cinta
Mengisahkan Shiba yang selalu mengambil mudah kebajikan suaminya, Azman(Arash). Azman seorang suami yang penyayang.Kedatangan Arzie pekerja baru di syarikatnya membuatkan Azman tertawan lalu jatuh hati pada Arzie. Namun demi isterinya, dia memendam rasa. Namun,keadaan itu disedari pemandunya Husin yang simpati dengan Azman yang tidak dipedulikan oleh isterinya.

Pelakon Atas Cinta Bawah Cinta : Didie Alias, Ieda Moin,Arash Mohamad, Nadia Aqilah

Tonton Online:
klik sini

Aku Terima Nikahnya Full Movie




Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Mengisahkan Johan (Adi Putra) menikahi Arlisa (Nora Danish) dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Johan terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan termasuk melupai siapa Arlisa di hatinya. Bagaimanapun, Johan mula rapat dengan Suriya, teman baik kepada Arlisa. Apakah kesudahannya?

Pelakon Filem Aku Terima Nikahnya

Adi Putra, Nora Danish,Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel

Tonton Online:
tonton online : klik sini

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate