Cerekarama Anak Lorong


Drama terbaru di Slot Cerekarama TV3 bertajuk Anak Lorong arahan Khairul Amri Khalid (Keoi). Drama terbitan Langkah Karya Production ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Fiza Elite, Syafie Naswip, Taiyudin Bakar, Balqis, Idris Mat Diah, Boy Iman, Fadilah Mansor dan Zuraini Kassim. Jangan lupa untuk menyaksikan drama Anak Lorong di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 10 November 2012 jam 10 malam.

Sinopsis Drama Anak Lorong
Anak Lorong mengisahkan Rayyan, remaja berusia 17 tahun dan adiknya, Fara yang berusia enam tahun ‘kehilangan’ ibu mereka, Melur. Sepanjang ketiadaan Melur, Rayyan dan Fara dijaga Khaty, teman baik Melur yang pernah menjadi rakan sekerja Melur. Dua beradik itu tidak mengetahui kehilangan ibu mereka disebabkan dipenjarakan kerana terbabit dalam kegiatan tukang urut dan pelacur sambilan.

Walaupun Khaty menuurut naikan janji untuk menjaga Rayyan dan Fara, hakikatnya Khaty berasa dibebankan dengan kehadiran dua beradik itu, lalu bersikap kasar dan garang terhadap mereka. Sikap Khaty yang berlarutan menghina, memaki hamun dan mengungkit itu, membuatkan Rayyan mengambil keputusan berhenti sekolah dan mencari kerja supaya dapat menyara diri dan adiknya.

Rayyan bekerja mengambil upah dengan Pak Hussin, seorang peniaga buah. Kerajinan Rayyan membuatkan Pak Husin menyukainya. Rayyan mengenali pemuda bernama Muz, anak Pak Husin. Muz banyak meracuni fikiran Rayyan supaya bersamanya melakukan aktiviti tidak bermoral. Dari sekadar memerhati aktiviti Muz dan rakannya, Rayyan menjadi orang suruhan Muz. Setiap kali memperoleh hasil lumayan dengan perbuatan jenayah, Rayyan sering membawa pulang hadiah kepada Fara dan Watie. Watie ialah anak tunggal Khaty.

Kejahatan Muz dan Rayyan semakin menjadi-jadi. Suatu ketika, Rayyan tersedar kesilapannya dan mahu berubah untuk kembali ke pangkal jalan. Dengan bantuan Pak Husin, Rayyan banyak berubah. Suatu malam, Rayyan dan Kathy bergaduh besar.

Kemunculan Siok , wanita Cina mualaf atau nama Islamnya, Aisya serta anaknya, Ah Mei, dapat menghalang perbuatan kejam Khaty yang memukul dan mencaci Rayyan dan Fara. Pada ketika itu juga, polis datang ke rumah Khaty dan dia ditahan kerana terbabit dalam kegiatan persundalan.

Tonton Online:
klik sini

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate