*site temporarily under maintenance. external links might not work
Home » » Seram Sejuk Full Movie (update)

Seram Sejuk Full Movie (update)


Sinopsis Filem Seram Sejuk:
Landy adalah seorang penyanyi yang kurang dikenali kerana trademarknya yang memakai topeng. Pada suatu hari, Landy di bawa oleh Bullet bertemu Joni Togo,seorang dukun untuk meminta ubat yang akan menjadikannya terkenal. Joni Togo menjampi dan mencadangkan agar Landy menggubah penampilan dan membuat video klip. Bullet mencadangkan agar Landy ke Pejabat Kirrapekezz,syarikat produksi kepunyaan Che Mey yang hampir di tutup. Setelah berbincang bersama Che Mey sebagai pengarah, Ros sebagai pelakon dan Alam sebagai Conty, mereka telah bersepakat untuk melakukan penggambaran di sebuah hutan dara. Di sana, Landy, Syakir dan Che Mey berusaha menambat hati Ros dengan menjaganya sebaik mungkin. Tiba- tiba Syakir ternampak seorang budak kecil dan seorang perempuan tua berhampiran jeram. Syakir mengekori mereka dan tiba-tiba Syakir terjatuh ke dalam sungai. Semasa bangun Syakir terlihat ada seutas kalung berbatu nilam terlekat di punggungnya. Tanpa disedari Syakir, kalung itu adalah hak milik Mawar, seorang wanita yang telah di bunuh 100 tahun dulu bersama suaminya, Aduka. Sebelum mati Mawar bersumpah selagi dia tidak dapat berjumpa kalung tersebut, dia tidak akan di terima bumi. Pada malam itu, Syakir, Landy, Ros, Che Mey dan Alam tidak dapat pulang kerana van yang mereka naiki rosak. Mereka terpaksa bermalam di situ sehinggalah Syakir berjaya membetulkan kerosakan van tersebut. Che Mey bercadang untuk mendapatkan Ros. Alam membawa Che Mey berjumpa dengan Joni Togo.Begitu juga Syakir. Alam juga membawa Syakir berjumpa dengan Joni Togo untuk mendapatkan Ros. Syakir menyerahkan kalung yang di jumpainya tempoh hari. Semasa Joni Togo memulakan pemujaan,tidak semena-mena angin bertiup kencang. Joni Togo berasa seram lalu menghentikan pemujaan. Syakir di suruh untuk memberikan kalung tersebut kepada Ros. Mawar mula menggangu Joni Togo . Alam terlihat kejadian tersebut dan terus cabut lari. Kelihatan Landy sedang memindahkan gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer apabila dia ternampak jembalang di dalam salah satu gambarnya bersama Alam. Di pejabat, Che Mey sedang bercakap dengan sangkar yang telah dijampi oleh Joni Togo. Ros masuk dan hairan melihat Che Mey. Syakir pula sudah mula menyunting video. Semasa keluar dari pejabat, Syakir memberikan kalung tersebut kepada Ros tetapi Ros membuangnya ke dalam longkang. Tiba- tiba kereta-kereta di parking berbunyi alarm. Ros panik dan beredar dari situ. Dalam masa yang sama, Joni Togo diberkas polis apabila asyik ketawa tanpa henti sehingga menimbulkan kegusaran oleh penduduk setempat. Senja hari yang sama, Ros kembali ke pejabat untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal. Mawar menggangu Ros sehingga pengsan. Syakir memasuki pejabat untuk menyambung kerja suntingan tanpat menyedari ada sepasang mata sedang memerhatikannya. Mawar telah menjelma menjadi Ros dan menggangu Syakir. Bunyi ayat quran menandakan jam 1 pagi. Mawar berdesup lari. Syakir segera mencari Mawar yang disangkanya Ros lalu terjumpa Ros sebenar yang sedang pengsan di bawah meja. Che Mey yang mendengar perbualan Syakir yang sedang mencari Ros bersangka buruk lalu terus menuju ke pejabat. Che Mey terus masuk kedalam bilik suntingan dan ternampak susuk tubuh Mawar di skrin. Che Mey di tegur Mawar lalu pengsan. Ros, Alam, Bullet, Syakir dan Mak Dara berbincang tentang hal yang terjadi. Mereka semua kemudian bergegas ke pejabat . Mak Dara menyerahkan kalung kepada Mawar dan meminta supaya Mawar tidak lagi menganggu mereka. Keadaan kembali normal. Di kelab malam, kelihatan Landy sedang mengadakan persembahan bersama Bandi Amuk. Video klip Landy mendapat sambutan hangat apabila tanpa sengaja memaparkan susuk tubuh Mawar di dalamnya. Joni Togo pula masih di Hospital gila dan masih gelak tanpa henti manakala Ros telah memilih Syakir sebagai cinta hatinya.

Pengarah
Azhari Zain

Syakir (Pelakon Utama)
Sabri Yunus
Che Mey (Pelakon Pembantu)
Zul Handyblack
Landy (Pelakon Utama)
Wawa Zainal
Rose (Pelakon Utama)
Eddy Afro
Alam (Pelakon Utama)
Fyza Kadir
Mawar (Pelakon Utama)
Bandi Amuk

Tonton Online:
KLIK SINI
password : ceritamaster

*site temporarily under maintenance. external links might not work


Cara tonton movie di cerita master

8 comments:

  1. yeah movie yg ditunggu2.... Thankz upload....

    ReplyDelete
  2. Movee da remove pls tolong upload kn balek admin.. Tq very kind

    ReplyDelete
  3. filem ni mmg elok download je..hehe...cite siap dah tules..jemput baca review kami tentang Seram Sejuk di Kakiwayang.com..

    ReplyDelete
  4. nak download cter ni . . upload laahhhh . .kte kat asrma bru blekk . .. upload blek eaaa. . .

    ReplyDelete
  5. Nak request resident evil... Please please pleaseeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete