Bini Bini Perkasa Episode 01-13 (tamat)








TONTON ONLINE DRAMA BINI BINIKU PERKASA SLOT AKSI DI TV3 FULL EPISOD DI CERITAMASTER.COM 

Sinopsis drama Bini-bini Perkasa
Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.

Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka.

Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo. Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Bini-Bini Perkasa” menerusi slot Aksi, bermula 3 September 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.

Tonton Online:
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 01 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 02 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 03 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 04 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 05 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 06 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 07 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 08 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 09 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 10 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 11 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 12 - klik sini
BINI BINIKU PERKASA EPISOD 13 - klik sini (episod akhir)
  

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate