Telefilem Lobak, Skrin di 9

Sinopsis Drama Telemovie  LOBAK Skrin di 9:
Lobak mengisahkan mengenai Bakhtiar (Adam Hezly) yang berumur 8 tahun, seringkali datang ke perlumbaan kuda yang menjadi acara tradisi kaum Bajau di mana abangnya Amir (Addy Ashraf) bekerja sebagai penjaga kuda.
Pada suatu hari, Amir dan Tuan Mursid (Abu Bakar Omar), pemilik kandang kuda di mana Amir bekerja terkejut melihat Bakhtiar dengan beraninya datang dan menghulurkan sebiji lobak merah untuk dijadikan makanan kepada seekor kuda liar yang selama ini sering naik minyak dan sukar dijinakkan. Semenjak itu, kuda itu diberi nama Lobak dan jika ada sesuatu yang tidak kena pada Lobak, Bakhtiar diminta untuk ke kandang kuda bagi menenangkannya.

Keakraban Bakhtiar dan Lobak seperti tidak dapat dipisahkan lagi apabila Tuan Mursid mahu menembak Lobak setelah kuda itu tercedera dan tidak mungkin dapat berlumba lagi. Bakhtiar memohon kebenaran untuk memelihara Lobak tetapi menimbulkan rasa tidak senang di hati ibunya, Salmah (Umie Aida).

Salmah risau jika perbelanjaan mereka tidak mencukupi untuk merawat penyakit jantung Bakhtiar tanpa diketahui oleh Bakhtiar. Namun adakah kasih sayang yang terjalin antara Bakhtiar dan Lobak akan terpisah kerana penyakitnya itu?

Telefilem istimewa yang diberi tajuk Lobak ini diterajui para pelakon hebat iaitu Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf dan Abu Bakar Omar.

Trailer/Promo


Tonton Online:
klik sini

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate