Jangan Cari Salahku


Sinopsis Jangan Cari Salahku | Skrin TV9
Drama Jangan Cari Salahku disiarkan khas sempena Hari Bapa pada hari Rabu, 20 Jun 2012 di slot Skrin Di 9. Ia mengisahkan nilai kasih sayang seorang bapa yang berkorban untuk kesenangan anaknya. Drama ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Pekin Ibrahim, Almy Nadia dan Faezah Elai.

Sinopsis Jangan Cari Salahku
Zainal, 60, petani yang sanggup berkorban apa saja demi memberi kesenangan kepada dua anak lelakinya, Arif dan Azri.

Arif, anak sulung Zainal meskipun memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran, tidak pernah terfikir untuk berjauhan dengan ayahnya kerana rasa tanggungjawabnya sebagai anak adalah untuk sentiasa berada di samping ayah selepas kematian ibu mereka.

Berlainan pula sikap adiknya, Azri yang sering dimanja dan segala keinginannya cuba dipenuhi. Mendapat keputusan SPM yang jauh lebih baik daripada Arif menjadikan dirinya ego dan sombong terhadap Arif.
Apabila Azri mendapat tawaran melanjutkan pelajaran, Zainal terpaksa memajak tanah rumah mereka. Azri berjanji menebusnya kembali tetapi setelah pemergiannya, Azri sunyi tanpa khabar berita, malah turut menukar nombor telefonnya.

Tonton Online:
KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate