3 Jumaat Terakhir


SINOPSIS TIGA JUMAAT TERAKHIR (TV3)
Tiga Jumaat Terakhir yang mengisahkan tentang seorang ustaz yang bernama Haikal Hariri. Dia seorang musafir yang cuba menyelamatkan tiga individu pada waktu yang berbeza. Hans, 23 tahun, muslim yang hanyut dalam kancah dadah, maksiat dan sebagainya. Suatu malam, Hans terlibat dalam kemalangan dan diselamatkan oleh Ustaz Haikal. Sepanjang dirawat oleh Ustaz Haikal di pondoknya, Ustaz Haikal mula mengenali siapa Hans yang tidak mahu pulang ke kampung kerana ibubapanya yang miskin.

Selepas itu, Ustaz Haikal berjumpa dengan pemuda berusia 22 tahun di sebuah surau. Aril, seorang suami yang baru berjinak-jinak ke surau. Dia kelihatan sangat gelisah dan resah kerana tidak tahu bersolat. Pada malam itulah Ustaz Haikal mula mengajarnya dan syukur kerana Aril menerima hidayah seawal ini. Namun semua itu berlaku kerana Aril baru sahaja mendapat tahu bahawa isterinya yang tercinta berlaku curang terhadapnya kerana tidak tahan dengan kesusahan Aril yang hanya bekerja di bengkel motor.

Akhir sekali, Deanna, 21 tahun, pekerja bank yang sering menderhaka kepada ibunya dengan mengherdik dan menghina kerja ibunya, penjaga tandas Bandaraya. Ustaz Haikal menegur perbuatan Deanna yang menghina ibunya sendiri di tengah-tengah bandaraya. Segala nasihat Ustaz Haikal dilawan Deanna malah menuduh Ustaz Haikal cuba menggodanya.

Tonton Online:
KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate