Apa Celop Episod 01-13


Sinopsis Drama Aksi TV3 APA CELOP

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.

Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).

Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Tonton Online
APA CELOP TV3 EPISOD 01 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 02 - KLIK SINI 
APA CELOP TV3 EPISOD 03 - KLIK SINI 
APA CELOP TV3 EPISOD 04 - KLIK SINI 
APA CELOP TV3 EPISOD 05 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 06 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 07 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 08 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 09 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 10 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 11 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 12 - KLIK SINI
APA CELOP TV3 EPISOD 13 - KLIK SINI 

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate