Kau Laksana Bulan Watch Online Ep 01-13

Tonton Online Kau Laksana Bulan Full Episod

Sinopsis Drama Kau Laksana Bulan Tv2

Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Malaya.

Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.

Dalam bidang kerjayanya pula, Adrianna yang menggunakan nama samaran ‘Jenna Johan’, merupakan seorang novelis ‘Romance Thriller’ yang sedang mengukir nama dalam pesada dunia penulisan. Semasa memulakan program sarjananya, Adrianna sedang sibuk menulis manuskrip untuk novel ketiga yang berjudul ‘Penantian di Hujung Kabus’........



Tonton Online:

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate