Zaiton Ceritaku Full Movie



Sinopsis Filem Zaiton Ceritaku
Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya.

Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon.
Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya. Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian?

Diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.
Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon.
Filem sulung arahan Esma Daniel bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya. Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.

Pengarah: Esma Daniel
Pelakon Filem Zaiton Ceritaku:
Nadia Aqilah, Shahronizam Noor, Karl Shafek Ibrahim, Norlia Ghani, Fazlina, Arash Mohd, Riezman Khuzaimi,Siti Rokhaida, Megat Terawis,Eva Emmanyna,Wan Maimunah, Maya Matahari, Eddie Hamid, Manan Sulaiman , Ben Kanobie

Trailer Filem Zaiton Ceritaku


Tonton Online:
klik sini

6 comments:

  1. tQ so much. Been waiting for this movie for so long. Nasib ler duduk dalam gua..huuu.

    ReplyDelete
  2. macamana nak download cerita ni?

    ReplyDelete
  3. tgu pny tgu ape pun tade..still xley tgk..

    ReplyDelete
  4. wah,,,,, arash mohd dh brlakon filem.....

    ReplyDelete
  5. tq cerita master..citer best

    ReplyDelete
  6. Mcm maner nak download..tolong bgtau cara2 nyer..

    ReplyDelete

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate