Bawaku Ke Syurga



Sinopsis
BAWAKU KE SYURGA mengisahkan tentang dua orang banduan wanita, Siti Aisyah dan Rozinah yang sedang menunggu hukuman mati dalam penjara. Siti Aisyah didapati bersalah kerana mengedar dadah manakala Rozinah ditahan atas kesalahan membunuh. Perbezaan sikap membuatkan mereka akrab. Siti Aisyah yang panas baran sentiasa ditenangkan oleh Rozinah yang penyabar. Rozinah dinikahkan secara paksa oleh ibunya dengan Mahmud, seorang penjaja buah-buahan. Namun, Mahmud bukanlah lelaki yang baik.

Dia banyak berhutang dan telah memaksa Rozinah tidur dengan seorang lelaki kaya bagi menyelesaikan hutangnya. Rozinah yang berusaha menyelamatkan maruahnya telah menikam lelaki tersebut dalam satu pergelutan. Mahmud kemudiannya insaf dan kerap melawat Rozinah di penjara bersama dua anak mereka. Dia dan ibu Aisyah masing-masing berikhtiar membuat rayuan untuk melepaskan mereka daripada tali gantung.

Pelakon
Fasha Sandha, Fiza Elite, Eizlan Yusof, Maimon Talib, Hamidah Wahab.

Tonton Online:
KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate