Bara Cinta Ramadhan


SINOPSIS BARA CINTA RAMADAN (TV3)
Mengisahkan tentang kemelut rumahtangga yang dihadapi Malek (Zamarul Hisham) dan Rozita (Jasmin Hamid). Hubungan mereka baik-baik sahaja tetapi campurtangan dari keluarga Rozita terutama ibunya, Arfah (Fauziah Nawi) membuatkan hubungan mereka sedikit terganggu. Malek hanya seorang pemandu lori di syarikat pembinaan. Gaji yang diperolehinya hanya cukup-cukup untuk makan dan persekolahan anak-anaknya sahaja. Kerana itulah mereka menumpang tinggal bersama ibu Rozita.

Rozita memahami keadaan suaminya yang tidak mampu menyediakan kesenangan kepada mereka anak-beranak. Sebab itulah dia tidak pernah meminta yang bukan-bukan. Dia tidak mahu menambah bebanan suaminya. Tetapi ibunya terus-terusan memperlekehkan suaminya. Rozita tak tahan dengan kata-kata ibunya yang selalu memandang rendah akan suaminya itu.

Arfah selalu membanding-bandingkan Malek dengan Samsudin (Ako Musthapa) suami adiknya, Maznah (Zarina Zainoordin). Jika Maznah pulang ke kampung, dia disambut bagaikan tuan puteri. Masakan yang lazat-lazat dihidangkan kepada mereka. Sedangkan Rozita sekeluarga dilayan sebagai orang tak berguna di mata Arfah. Dia sebenarnya bencikan Malek. Kerana Malek tidak kaya dan tidak berpendidikan seperti Samsudin. Dia marahkan Malek kerana baginya Malek seorang yang pemalas. Tidak mahu berusaha untuk memajukan diri dan memberi kesenangan kepada isteri dan anak-anak. Ini kerana Malek tidak mahu membuat kerja lebih masa pada bulan Ramdhan dengan alasan dia mahu beribadat bersama anak-anaknya.

Arfah menghasut Rozita supaya mendengar katanya. Dihasutnya Rozita supaya memaksa Malek membelikan rantai emas dan langsir. Cuma bayar deposit sebanyak Rm 500.00 sahaja. Yang bakinya boleh dijelaskan secara ansuran bulanan. Rozita terpaksa bersetuju dengan rancangan ibunya. Dia sebenarnya tersepit di antara ibu dan suaminya. Dia tahu keadaan kewangan suaminya tetapi dia tidak dapat membantah kata-kata ibunya. Malek berasa tertekan dengan keadaan itu. Dia tidak menyalahkan isterinya kerana dia tahu isterinya itu telah dihasut oleh ibu mertuanya.

Raya semakin hampir. Persiapan raya semuanya tidak disediakan lagi. Malek semakin tertekan dengan keadaan itu. Gaji yang diperolehi tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan raya. Ditambah dengan bayaran deposit rantai emas. Malek mencuba mendapatkan pinjaman daripada tokey tempat kerjanya. Nasib baik dia berjaya mendapatkannya.

Dengan perasaan gembira, Malek mengajak Badrul (Roy Azman) satu-satunya kawan yang paling baik, yang selalu dicurahkan masalahnya, menemaninya pergi ke bazar ramadhan untuk membelikan anak-anaknya juadah yang menjadi idaman mereka. Dalam perjalanan pulang, Malek dilanggar kereta. Badrul yang melihat kejadian itu terus meluru ke arahnya.

Badrul memberitahu Rozita yang Malek telah dilanggar kereta dan mengajak Rozita ke hospital untuk melihat Malek. Bila terdengar sahaja Malek telah dilanggar kereta, Rozita terus rebah tidak sedarkan diri.

Rozita menyesal dengan tindakannya dulu. Penyesalan yang tiada gunanya lagi kerana Malek telah pun pergi mengadap yang ESA. Arfah dan Maznah juga menyesal dengan perbuatan mereka dahulu. Tamat ...


Tonton Online:
KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate