Telemovie Suci


Tonton Online Full Movie Telemovie Suci
Sinopsis Telefilem/Telemovie Suci 

Walaupun Suziana bersetuju dengan keputusan ayah dan ibunya untuk menjodohkannya dengan sepupunya Aidil yang sudah dianggap seperti abang kandungnya, Suziana meminta kebenaran orang tuanya untuk pergi bercuti sebelum dia bergelar tunangan orang.

Setibanya ke destinasi percutian itu, tanpa di sangka Suziana terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia bertemu dengan Affendi di sana. Perkenalan dalam kebencian itu membuahkan bibit cinta Affendi terhadap Suziana. Bagaimanapun sikap memaksa Affendi terhadap Suziana semata-mata untuk menyakitkan hati gadis itu membuatkan dia terasa amat bersalah terhadap Suziana. Kemalangan itu juga hampir menyebabkan Suziana kehilangan nyawanya.

Selepas kejadian itu, Suziana mula sedar mengenai kehadiran Affendi dalam hidupnya apabila lelaki itu mula mengambil berat terhadapnya. Persahabatan mereka akhirnya bertukar menjadi kekasih sehingga Suziana terlupa mengenai Aidil yang setia menantinya. Suziana diburu rasa bersalah kerana cuba untuk mempermainkan perasaan Aidil. Pada masa sama dia tidak sanggup kehilangan Affendi walaupun dia sah bergelar tunangan Aidil.

Tarikh siaran di Astro Prima, 13 Februari 2011.

PELAKON: Fasha Sandha, Fezrol Khan, Zulhuzaimy Marzuki, Rosnah Johari, Ahmad Fadil, Aripah Damanhuri, Hanez Suraya Abd Aziz, Nor Azifah Abidin, Afzan (Anak Wayang)

Tonton Online:
KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate