Panggilan 10 Zulhijjah Full Movie


tonton online full streming
Sinopsis Panggilan 10 Zulhijjah
Mengisahkan Pak Majid dan Mak Biah berhasrat menunaikan fardu haji ke Makkah, namun belum kesampaian kerana tidak cukup wang.

Dengan hanya berniaga pisang goreng agak sukar untuk mereka mengumpul wang apatah lagi terpaksa membela anak bujang lelaki, Zaki, yang tidak bekerja. Oleh kerana memikirkan usia yang kian lanjut, Pak Majid bercadang menjual tanahnya dan wang itu nanti boleh digunakan untuk ke Makkah.

Namun begitu, mereka suami isteri merahsiakan penjualan tanah itu daripada dua anak mereka yang tinggal di bandar iaitu Zahani dan Zahari. Hanya Zarina saja yang tahu. Tanpa bertanya tujuan Pak Majid menjual tanahnya, Zahani dan Zahari menuntut hak mereka dan selagi tidak dapat wang itu, mereka ugut tidak mahu balik kampung.

Tiba tarikh keberangkatan Pak Majid dan Mak Biah ke Makkah mereka berdua tetap tidak pulang walaupun Zarina puas memujuk abang dan kakaknya supaya berjumpa emak dan ayah mereka.

Sebelum berangkat, Pak Majid sudah meninggalkan wang kepada Zarina untuk dibahagikan kepada Zahani, Zahari dan Zaki tetapi wang itu mesti diberikan pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Korban).

Namun mereka adik beradik akhirnya menerima satu berita yang sangat mengejutkan. Apakah yang berlaku?

Lakonan
Datuk Rahim Razali (Pak Majid), Arifah Damanhuri (Mak Biah), Azhan Rani (Zahari), Amyza Adnan (Zahani), Mohd Syukri (Zaki) dan Anne sendiri (Zarina).

Tonton Online:
KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate