Cerekarama Mesej Terakhir


Tonton ONline Full Movie Drama/Cerekaram TV3 Mesej Terakhir
Mesej Terakhir ni mengisahkan tentang Marina yang baru kematian suami, Hafiz. Hafiz dan Marina mempunyai seorang anak lelaki bernama Danial dan seorang lagi masih dalam kandungan. Kematian Hafiz membuatkan Marina hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Mentelah Hafiz meninggal akibat kemalangan.

Marina perlu mengantikan tempat Hafiz di pejabatnya. Semasa mengemaskan barang-barang milik arwah, Marina terpandang handphone Hafiz, dan alangkah terkejut nyer dia bila melihat ada tertera mesej dari seorang perempuan.

Marina bertanyakan pada Julia tentang perempuan tersebut, tetapi malangnya Julia tidak mengetahuinya. Marina bertekad mencari siapa perempuan yang berjaya mencuri cinta Hafiz itu. Akhirnya, Marina berjaya berjumpa perempuan itu yang dikenali sebagai Kartini tapi tidak bersua muka. Marina belum bersedia untuk berjumpa Kartini dan mengelaskan keadaan sebenar.

Kartini, seorang janda anak satu. Bercerai kerana suaminya, Adam kaki judi, panas baran. Menjadi kan Kartini tempat sepak terajang. Sedang Kartini dilanda masalah, muncul Hafiz menawar bantuan. Di situ ler cinta mereka bertaut. Kartini tahu yang Hafiz sudah berkahwin, tetapi Kartini tidak kisah kerana Hafiz seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.

Adam pula, menyatakan penyesalan dan berjanji akan berubah. Dia memujuk Kartini kembali kepadanya. Dan Kartini menolaknya. Kartini masih menanti Hafiz walaupun tiada perkhabaran dari Hafiz setelah sekian lama.

Marina pula, menjadi seorang wanita yang murung, patah semangat apalagi bile mengetahui yang suaminya, Hafiz ada skandal dengan perempuan lain. Hatinya sakit, dia tidak dapat menerima kenyataan yang suaminya curang di belakangnya. Walaupun Hafiz sudah meninggal dunia, tetapi perasaan marah itu tidak dapat di lupuskan dari hatinya.

Setelah dinasihatkan oleh Julia, akhirnya Marina berjumpa dengan Kartini. Menjelaskan perkara sebenar, pada mulanya, Kartini tidak percaya tetapi akhirnya dia akur.

Akhirnya, Kartini menerima Adam kembali setelah yakin yang Adam sudah berubah dan memberi peluang kedua kepada Adam. Marina pula mengambil alih tugas Hafiz, menerajui syarikat peninggalan suaminya itu.

Para pelakon:
Rita Rudaini - Marina
Tiz Zaqyah - Kartini
Zafrul - Hafiz
Fiz Fairuz - Adam
Amyza Adnan - Julia

Tonton Online:
KLIK SINI

1 comment:

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate