Qabil Khushry Qabil Igam


Sinopsis qabil khushry qabil igam:
... kesakitan yang tidak tertanggung semasa bersalin bagaikan lenyap begitu sahaja bila melihat wajah anak yang dilahirkan.... Bertambah bahagia bila zuriat tunggal yang dilahirkan kembar....

... Sayang Ismail (Dato' Rahim Razali) dan Tijah (Fauziah Nawi) kepad kedua-dua kembar Qabil Khushry dan Qabil Igam bagaikan melimpah ruah... Itulah racun. Itulah penawar. Di tatang bagai minyak yang penuh semenjak tapak kaki sebesar ibu jari... Itulah cinta sejati, seorang ibu kepada anaknya....

... Sayang Qabil Khusjry (Hans Isaac) terhadap adiknya Qabil Igam (Rusdi Ramli) bagai tersimpul semenjak mereka di dalam perut ibu mereka... Manjanya Qabil Igam (Rusdi Ramli) kepada abangnya Khushry pula bagaikan menyerahkan seluruh nywanya di telapak tangan Khushry... Itulah cinta antara dua beradik kembar tidak seiras ini...

Rani (ZIana Zain) menyimpan hati kepada Khushry semejak di bangku sekolah. Adinnya Karisma (Erra Fazira) pula memuja Igam meskipun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam... Lalu cinta mengikat dua keluarga jadi satu...

Sesungguhnya putaran hidup mereka sekeluarga di penuhi wangian cinta... Pun begitu kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit... Lalu pelbagai keputusan dan juga pengorbanan terpaksa dibuat... Harapan mereka cuma satu, semoga cinta kembali bertaut mekar, tapi ianya membuatkan mereka semakin terjerut... Setiap langkah yang diatur bagaikan menyiram minyak ke istana yang cuba di bina...

Ismail dan Tijah amat mengasihi Igam. Dan kerana kasih, mereka menelan setiap rasa pahit yang mendatang...

Karisma amat mencintai Igam, tetapi kenapa ada orang ketiga...?

Kedua-dua Qabil Khushry dan Qabil Igam tidak pernah diminta untuk dilahirkan bersama, tetapi mereka juga sama sekali todak ingin dipisahkan... "Tuhan, jangan pisahkan kami..."...



Lakonan: Hans Isaac : Qabil Khushry (Pelakon Utama) Rusdi Ramli : Qabil Igam (Pelakon Utama) Erra Fazira : Karisma (Pelakon Utama) Ziana Zain : Rani (Pelakon Utama) Fauziah Nawi : Tijah (Pelakon Pembantu) Dato' Haji Rahim Razali : Ismail (Pelakon Pembantu) Maimon Mutalib : Cik Som (Pelakon Pembantu) Hisham Ahmad Tajudin : Saat (Pelakon Pembantu) Izi Yahya : Asrul (Pelakon Pembantu)

Tonton Online:
KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate