Diari Suami 9 Bulan Online


Tonton Online Full Movie Diari Suami 9 Bulan
Sinopsis Diari Suami 9 Bulan

Mengisahkan alam rumah tangga dua adik-beradik perempuan iaitu ZARA dan ZANA yang mengandung anak pertama pada masa yang sama. Kekecohan berlaku dalam keluarga ZAHADI dan isterinya, ALIZA apabila pelbagai kerenah yang terjadi pada kedua-dua anak perempuan mereka sepanjang sembilan bulan mengandung.

Tekanan dan kekalutan dirasai oleh si suami. Suami Zara, HAIRUL merupakan seorang chef di sebuah restoran besar di KL manakala suami Zana iaitu FAZLI pula merupakan seorang pemain ragbi dan bekerja di sebuah bank. Cara hidup Hairul sangat berdisiplin dan sangat memetingkan kebersihan dan pemakanan yang menyihatkan manakala Fazli seorang yang lasak dan terlalu menumpukan perhatian pada dunia ragbinya sahaja.

Apabila Zara dan Zana berkelakuan pelik dan berbeza dari kebiasaan yang dikatakan pembawakan budak, ianya memeningkan kepala kedua-dua suami ini. Maka, bermulalah diari baru pengalaman sang suami sepanjang Sembilan bulan isteri mereka mengandung.

Zara dan Zana juga mengidam pelbagai jenis makanan dan barang-barang. Jika tidak ditunaikan, mereka berdua akan merajuk atau mengamuk. Nenek Zara dan Zana iaitu UMI SALAMAH iaitu ibu kepada Aliza tinggal bersama keluarga itu. Umi Salamah seorang yang terlalu percaya dengan pantang larang dan kepercayaan apatah lagi melibatkan ibu mengandung. Dia selalu membela cucu-cucunya jika apa yang mereka idamkan tidak kesampaian.

Zahadi kurang senang dengan cara ibu mertuanya itu namun Umi Salamah sangat dominan dalam urusan keluarga. Aliza juga tidak mampu berkata apa-apa. Oleh yang demikian, perangai Zara dan Zana semakin menjadi-jadi.

Sampai satu tahap, pelbagai cara telah dilakukan demi menjaga hati Zara dan Zana. Hairul dan Fazli berpakat mahu melawan dan menentang apa saja pantang dan bertindak tegas ke atas Zara dan Zana sehingga melarikan diri. Ini mendatangkan kebimbangan dan kesedihan pada Zara dan Zana. Mereka bersusah payah mencari suami mereka. Zahadi mahu mereka memikirkan semula kenapa Hairul dan Fazli lari. Semuanya adalah kerana sikap “pembawakan budak” melampau yang dialami mereka.

Akhirnya Zara dan Zana sedar akan kesilapan mereka dan mereka mengaku yang adakalanya mereka tidak mengidam tetapi mereka merasakan inilah masanya untuk mereka mencuri sedikit perhatian suami mereka yang sememangnya tidak akan menolak permintaan mereka.

Setelah bermaaf-maafan, Zara dan Zana selamat melahirkan anak serentak. Zara dan Hairul mendapat anak lelaki manakala Zana dan Fazli mendapat anak perempuan.


Tonton Online:
KLIK SINI

1 comment:

*site temporarily under maintenance. external links might not work

nrelate